Gambar dari Google |
1) Mengetengahkan ide-ide
Yaaa.... seperti ilmu-ilmuan yang tersohor jadi kita pun nak juga mengetengahkan ide-ide kita supaya orang dapat baca. Ide-ide atau ilmu yang ada dalam otak tak boleh buat apa jadi kita akan menulis walau tak di minta. Untuk menulis dalam jurnal-jurnal atau buku orang tak terima, maklumlah di awal nama hanya ada ENCIK atau CIK atau PUAN sahaja. Kalau di awal nama ada DOKTOR atau PROFESOR atau TAN SRI lainlah, itu pun jika bersangkutan dengan kepakarannya. Jadi lapangan blog menjadi wadah untuk melepaskan apa yang terpendam dalam otak dan untuk dikongsikan. Mana tahu apa yang ditulis amat berguna dan di cari-cari.
2) Meluahkan perasaan
Kasihannnn.... manusia-manusia kecil melukut di tepi gantang nak meluahkan perasaan kat mana? lainlah kalau artis, ahli politik, ahli sukan sebut saja, nahhh.... kat dalam media massa seperti TV, suratkhabar semua akan paparkan. Manusia-manusia kecil nie mahu kah media massa paparkan ?? Blog akan jadi wadah untuk melepaskan perasaan. Kalau marah kat bos, tulislah kat blog, bos mana tahu, hantam cukup-cukup. Walau kita sahaja membacanya tetapi terasa puas dapat menyebarkan permasalahan yang ditanggung. Harap-harap ada yang membaca dan prihatin untuk mengambil tindakan. Ada juga meluahkan perasasaan di blog atau lama sosial lain sebab zaman nie kawan kita hanyalah internet.
3) Mendapat keuntungan
Yang ini banyak. Boleh di bahagikan kepada dua kategori.
a) Pendapatan dari blog : Hari-hari cari ide-ide untuk ditulis. Tak kiralah ide sendiri atau ide yang di cedok sana cedok sini, tampal sana tampal sini, tambah sana buang sini. Janji ada benda baru ditulis supaya blog sentiasa dikemaskini . Cari maklumat atau keyword yang boleh mendapat pengunjung yang banyak. Bangun pagi ja buka blog, berapa orang dah masuk. Lihat pula rating dalam Alexa, kat nombor mana blog kita. Mengharapkan ramai pengunjung yang klik. Nuffnang dan Adsense antara ajen pengiklan yang biasa di letakkan dalam blog. Cari pengiklan-pengiklan lain yang sudi mempromosi di blog. Kalau blog yang ramai orang masuk dan mempunyai ramai pengikut, pengiklan akan suka. Walau kerja tulis blog saja tetapi pendapatan memang berbaloi kadang-kadang boleh jadi terkenal.
b) Jual produk : Yang nie pun banyak, blog dijadikan sebagai tempat untuk mempromosi produk jualan seperti pakaian, kek, hiasan, cenderamat, ubat, jam dan entah apa-apa lagi. Blog sentiasa di kemaskini untuk memperkenalkan produk terbaru. Keuntungan bergantung kepada hasil jualan produk.
4) Menunjuk kehidupan sendiri
Yang nie pun ada. Tulis lah mengenai kehidupan sendiri. Ceritalah kehebatan diri. Beli barang itu beli barang ini, siap ada gambar tag harga lagi. Melancong sana melancong sini. Supaya orang nampak kehebatan dan kekayaan kita. Itu dari segi negatif. Yang positif pula, ada juga yang mengisahkan kehidupan diri untuk menjadi panduan kepada pembaca. Diselitkan nasihat, amalan yang baik, panduan dan lain-lain. Banyak manfaat kepada pembaca.
5) Tunjuk pandai
Yang nie pun banyak juga. Komplen sana komplen sini. Yang itu salah yang ini salah. Habis yang mana betul?? Apa-apa saja yang sealiran dengan aku lah yang betul. Nak tunjuk pandai depan kawan, nanti kena hentam balik. Jadi tulis la ide-ide tu dalam blog. Masuk blog ini kena berfikiran terbuka. Boleh baca, tetapi kena berwaspada.
6) Mencari kenalan yang mempunyai citrasa yang sama.
Laman sosial inilah yang akan menjadi penghubung kepada peminat-peminat seperti pemilik motor besar, pengumpul setem, barangan antik, resepi masakan, melancong dan sebagainya. Oleh itu kita menulis laman yang mengetengahkan minat kita, diharap ada yang mempunyai minat yang sama. Bolehlah kongsi-kongsi ilmu dan bertukar pendapat disamping mendapat kawan baru.
7) Menghasut
Yang ini bahaya. Blog yang mesti di block. Inilah blog yang boleh menyimpangkan akhidah dan merosakkan umat. Jangan terpengaruh. Minta admin block blog nie.
8) Suka menulis
Ini untuk mat-mat dan minah-minah yang suka menulis. Tak kira lah apa yang nak di tulis. Dari cerita diri sendiri samaai cerita merapu. Janji tulis.
9) Sebagai dairi
Zaman dah maju, dairi pun pembekal dah tak bagi ( yang diberi hanya kalendar ). Haaaa blog la tempat mencatit kisah hidup, suka-duka. Lebih menarik boleh letakkan gambar. Blog menjadi sentimentol value dalam perjalanan kehidupan. Kalau kena hack, boleh teriak nie.
10) Mengetengahkan bakat
Nie satu fenomena baru. Laman-laman sosial digunakan untuk mengetengahkan bakat yang terpendam. Antara bakat yang selalu kita lihat ialah miming , bernyanyi, bermain alat muzik, berlakon, bertukang dan sebgainya. Mereka ini ada peminat yang tersendiri dalam internet. Jika kebolehan mereka ini di cungkil oleh yang berkenaan, bakat ini boleh diketengahkan. Mesti berani menunjukkan kelainan.
Nie antara yang aku terfikir. Renung-renungkan....
No comments:
Post a Comment