Bulatan Telok Wanjah yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar merupakan sebuah mercu tanda yang terdapat di daerah Kota Setar. Bulatan ini mempunyai 5 bulatan air terjun di mana di sekeliling bulatan tersebut ditulis dengan Rukun Negara.
Monumen ini telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 25 Januari 1973. Bulatan ini lebih indah dilihat pada sebelah malam dengan pancutan air yang berwarna-warni di samping lampu neon yang terdapat di sekelilingnya.
Mungkin generasi akan datang dah tak tau dimana lokasi sebenar bulatan ini. Mana tahu kalau keluar dalam SPM atau PMR soalan " Di manakah letaknya Bulatan Teluk Wanjah ?" Haaa nie dia jawapannya. Bulatan ini menjadi penghubung antara Jalan Teluk Wanjah, Jalan Stadium dan Jalan Sultan Badlishah. Peta kat bawah nie.
Kalau poster atau gambar yang menunjukkan Alor Setar, imej Bulatan Teluk Wanjah ini menjadi ikon yang amat dikenali. Seperti Eiffel tower kat Paris. Bukan setakat tu sahaja, ada juga cerita sesetengah orang membayar nazar dengan mandi air kolam bulatan ini.
Ini gambar terkini kerja-kerja menaik taraf jalan untuk memberi laluan kepada pembinaan rel berkembar dimana dibina fly over diatas lokasi Bulatan Teluk wanjah.
Oleh kerana bulatan tu dah tiada, aku search internet gambar-gambar Bulatan Teluk Wanjah untuk di letakkan dalam blog nie. Semua gambar adalah hak milik pemetik kamera. Mohon pinjam untuk ditampal dalam blog nie. Dari maklumat dalam internet bulatan tersebut telah di robohkan di hujung 2010 ( betul ka nie? nampak sangat aku jarang ke pekan Alor Setar ).
No comments:
Post a Comment