Aku masih ditempat kerja, akan balik malam. Dapat call dari isteri aku. Masa tu 6 petang lebih. Diberitahu anak perempuan aku perlu bawa water colour, berus dan palette ke sekolah esok dan satu lagi anak lelaki aku yang masih di tadika perlu bawa tin besar, juga esok.
Isshhhh terfikir aku, tenaga pengajar nie tak ada perancangan pembelajaran ka?. Apa salahnya diberitahu awal supaya mudah ibu bapa menyediakan keperluannya. Ibu bapa bukan Doremon semua barang boleh selok poket keluar apa yang dikehendaki.
Kalau tak cari barang-barang tu, esok kasihan budak. Tak boleh sertai aktiviti bersama kawan-kawan. Mungkin dari segi saikologi mereka akan meras rendah diri atau terkebelakang dari kawan yang lain, silap-silap kena marah ngan cikgu pula.
Sebagai ibu bapa sampai hatikah nak biar anak pergi ke sekolah dalam keadaan begitu? Mahu tak mahu ikhtiar carilah barang yang dikehendaki. Tak dapat cari kat rumah kena ke kedai, beli.
OK lah kalau barang-barang itu mudah didapati di kedai. Ketika ini ramai ibu bapa yang bekerja. Sampai kerumah anak kata kena bawa barang sekian-sekian, dah petang. Terpaksalah gegas keluar pergi ke kedai beli. Kalau budak itu beritahu lambat contoh dah jam 11 malam. Kedai mana buka lagi??. 7-Eleven la jawabnya.
Itu barang yang boleh dibeli ( kalau hujung bulan, penat juga kalau harga barang tu mahal). Bagaimana pula barang tu seperti bekas-bekas makanan atau bungkusan perlu dibawa contohnya tin kosong, cawan kertas dan sebgainya. Esok cikgu suruh bawa. Puas munggah seluruh rumah apa-apa tin pun tak ada. Apa keputusannya??. Takkan nak ke kedai nak beli setin Milo untuk mengambil tinnya sahaja ( harga bukan murah ).
Kalau diberitahu awal mungkin boleh ibu bapa cari di tempat kerja atau tanya jiran-jiran atau kawan-kawan dan benda itu boleh di dapati secara percuma sahaja.
Jadi perancangan awal perlu dibuat supaya tidak menyusahkan pelajar dan juga ibu bapa.
Ibu bapa insyaallah ingin memberi kerjasama sebaik mungkin. Ini bukan untuk kami sebagai ibu bapa tetapi untuk masa hadapan anak-anak. Ibu bapa sebolehnya ingin memberi semua yang terbaik untuk mereka.
Tak semua guru-guru seperti itu. Ramai guru yang membuat pwrancangan yang baik untuk pengajaran. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment