Antara halal dan haram
Antara anugerah dan prinsip
Antara pangkat dan pegangan
Antara sah dan haram
Antara setuju dan bangkang
Antara benar dan dusta
Antara lurus dan terpesong
Antara adil dan berat sebelah
Antara lihat dan pejam
Antara tahu dan tak kisah
Antara diri dan masyarakat
Antara perhimpunan halal dan haram
Antara menang dan kalah
Antara bersih dan kotor
Antara pemerintah dan pembangkang
Antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
Antara merah dan kuning
Aku pilih putih yang tulus
Biar mudah di corak
Biar di canting dengan iman
Biar di sulam dengan amal
Biar di gunting dengan keadilan
Biar di jahit dengan ketakwaan
Fikirlah dengan otak yang waras
Bacalah dengan mata yang celik
Dengarlah dengan telinga yang peka
Suka hati akulah nak ditulis apa. Nie masih dok hangat lagi nie. Hari Jumaat lepas 1hb Julai 2011 masa aku nak balik ke tanah besar menggunakan Jambatan Pulau Pinang jam lebih kurang 5.20 petang. Sesampainya ke pinggir kaki jambatan ( belum pun cecah jambatan ) jalan sudah jem, tak macam biasa, panjanggg. Apa lagi aku pun patah balik ketempat kerja takkan nak tunggu kat situ buat perabih minyak ( minyak bukannya murah ). Lebih kurang jam 6.40 petang aku baru keluar semula mendaki jambatan, baru OK tak berapa sesak.
Malam, dengar berita ada kumpulan bang mat mana entah yang pakai lilit kepala merah buat demontrasi selepas solah Jumaat dari Masjid Melayu Leboh Aceh ke KOMTAR .
Gambar dari : http://penagadaily.blogspot.com/ |
gambar dari : http://penagadaily.blogspot.com/ |
p/s: tahun nie baju raya tak boleh pilih kaler kuning dan merah.
Baju raya ku POLKA DOT hitam putih
ReplyDeletekalau campur kaler tu...boleh jadi oren. Terang la pulak.
ReplyDelete