Lama dah Konvensyen Astronomi nie tak di adakan di USM, yang terakhir pada tahun 2009, lawat page aku nie. Nie antara program yang aku seboleh-bolehnya akan bertugas. Program pada 7 - 9hb Julai 2011 lepas.
Tahun nie aku berpeluang lagi bertugas untuk program nie. Apa yang menarik tahun nie??. Rasa aku lebih kurang tahun sebelumnya juga. Kali ini hari pertama konvensyen jatuh pada Hari Warisan ( Negeri-negeri Selat tak termasuk Singapura dapat cuti sehari ).Program pertama dalam konvensyen ini ceramah yang disampaikan oleh Dr Daniel Zainal Abidin. Ceramah bertajuk Islam dan Sains. Biasalah Dr nie berceramah memang terer menghubungkan sains dengan Islam.
Yang menariknya ialah ada satu soalan dari pendengar yang bertanya kenapa dalam buku teks pelajaran sains ( aku tak ingat untuk darjah / tingkatan berapa ) tidak dimasukkan hubung kait sains dengan pencipta ( lebih kuranglah apa yang ditanyanya ) ?. Betul juga apa yang ditanya. Lalu Dr jawab lebih kurang macam nie. Buku teks yang dok ada sekarag masih berorentaliskan barat dan sudah ada usaha untuk memperbetulkannya ( lebih kuanglah apa yang dijawab, mana aku ingat satu persatu ).
Disamping ceramah-ceramah, diadakan banyak aktiviti lain seperti aktiviti oleh Petrosains yang membawa berbagai permainan dan kubah plenetarium ( kubah yang kita boleh masuk dalam untuk lihat bintang ).
Diadakan juga pameran oleh kelab astronomi sekolah-sekolah dan IPTA dan kedai-kedai yang menjual alatan astronomi.
Acara yang sering mendapat perhatian ialah roket air (water rocket ). Di adakan kelas atau bengkel membuat roket air. Kelas ini dikendalikan oleh pelajar Kelab Astronomi USM. Selepas siap diadakan pelancaran di padang. Nanti aku tulis pula mengenai macam mana nak buat roket air.
Sambil dok ambil gambar cara buat roket air ternampak satu berita iaitu mengenai Sekolah Menengah Sains Kepala Batas telah membuat pelancaran serentak roket air terbanyak dan tercatat dalam The Malaysia Book Of Records.
Yang aku sebut diatas diadakan dalam dewan. Luar dewan pula sebelah siang diadakan sun gazing ( mencerap matahari ) tapi oleh kerana jerebu imej jelas matahari tak berapa nampak.
Pameran alatan yang menggunakan tenaga solar seperti untuk memasak dan juga menggerakkan motor.Malam pula diadakan star gazing ( mencerap bintang ), cuaca tak berapa baik dan jerebu jadi bintang tak berapa jelas kelihatan. Ceramah juga diadakan mengenai bintang dan cakerawala diadakan di luar dewan.
Hari terakhir Dr. Sheikh Muzaphar telah datang ke program ini bertemu peminat (tak ada dalam aturcara). Dia datang sekejap sahaja sebelum ke Dewan Millenium Kepala Batas untuk acara PenBEX 2011. Tak sempat jumpa. cuma gambar tandatangan dia kat bingkai gambar salah seorang peserta.
Keseluruhan acar rasa aku tak boleh menandingi konvensyen pertama yang telah dimsukkan ke dalam The Malaysia Book Of Record untuk acara mencerap bintang terbesar.
No comments:
Post a Comment