Isahhh... kawasan Bertam nie kira dikelilingi oleh makanan ja. Kali nie kami ke Kawasan Perniagaan Bertam Putra. dah lama nampak kedai nie. Tapi asyik tak jadi masuk. Kali nie dapat gak makan kat kedai nie. Nooraz Nasi Shope.
Yang spesial kat kedai nie ialah nasi lemak lauk boleh pilih. Lain-lain makanan aku tak nampak lagi ada orang order. Nasi lemak dia memang sedap. Sambal macam dah merah sangat tapi tak berapa pedas.
Lauk dia macam-macam ada. Yang panas-panas ialah ayam goreng rempah sehingga terbukti rempahnya nampak sebiji-sebiji, rasa meamng sedap, lain-lain sambal kerang, sotong, ayam, rendang ayam dan daging dan adalah dua tiga macam lagi.
Masa aku pi tu orang tak ramai. Serupa tak menarik ja, aku samapi pun dah malam. Tapi adalah sekali aku pi waktu pagi, orang memang ramai. Harga biasa saja, OK lah. Pilihan makanan tak banyak jadi kalau sampai sini kena target nasi lemak dulu baru tanya benda-banda lain.
Kedai ie dibuka hari Selasa hingga Sabtu jam 7.30 pagi - 12 malam dan Ahad 7.30 pagi sampai 12 tenaghari, cuti Isnin. Lokasi kawasan perniagaan Bertam Putra. tengok google map kat bawah.
View Nooraz Nasi Shope in a larger map
No comments:
Post a Comment