Dah tiba musim raja buah, Durian. Antara bulan Jun dan Julai setiap tahun durian Balik Pulau akan dicari. Antara nama yang terkenal ialah Musang King, Hor Loh, Ang Heh dan Chaer Phoy.
Durian Balik Pulau tak semestinya dibeli di Balik Pulau. Sebab durian dari situ akan tersebar di seluruh Pulau Pinang. Boleh dikatakan setiap gerai durian akan menjual durian Balik Pulau. Durian nie kebanyakan jenis kawin, dia kawin macam mana aku tak tau sebab rasa memang sedap.
Durian Balik Pulau terkenal disebabkan kawasan tersebut banyak dusun durian disamping pokok-pokok durian yang tua dan tanah yang berbatu juga menjadi faktor pengeluarkan hasil yang baik
Banyak gerai yang jual durian menyediakan meja untuk tetamu makan kat situ. Baru meriah. Kalau isi mangkaq ( keras ) atau buruk boleh tukar.
Durian-durian ini ada gred-gred tertentu disamping warna isi seperti merah, oren, kuning dan juga jenis isi seperti kering, liat, nipis dan tebal. Harga boleh tahan la, kadang-kadang boleh cecah RM 60.00. Harga durian dikira mengikut timbangan atau biji, ikut suka peniaga tu lah. Disamping durian Balik Pulau ada juga durian kampung. Kat bawah nie antara yang termahal Musang King, boleh melebihi RM 40.00, isi tak dapat nak tunjuk sebab aku tak beli pun.
Durian Musang King |
Kalau nak makan di dusun boleh saja Google dusun mana yang menyediakan makan bawah pokok. Kalau memang hantu durian, berbaloi pekena durian Balik Pulau. Apa-apa pun tanya doktor dulu berapa ulas boleh masuk, jangan overdose.
Sekarang dah ada banyak projek untuk mengeksport durian keluar terutama ke negara China. Tak lama lagi rasa aku durian akan jadi seperti buah mempelam harum manis. Sukar nak dapat di pasaran tempatan dan harga pun sangat mahal.
No comments:
Post a Comment