Roket Air - Bahagian 2

Kita sambung balik. Yang lepas cara buat roket air, kali nie cara roket air dilancarkan pula.
 
1- Antara alatan pum angin elektrik. Pum basikal pun boleh.

2- Nie bentuk pelantar pelancar. Paip getah dari pum disambung dengan paip yang dibuat seperti diatas.

3- Pada batang paip di letakkan cable tight yang diikat kepada batang paip dan juga sepotong paip yang lebih besar sebagai selak yang diikat tali. Tali ini akan kita tarik untuk melepaskan roket.

4- Masukkan roket air yang telah diisi dengan 3/4 air ke batang paip pelancar.

5- Tegakkan, masukkan paip hingga ketat di mulut roket. Pastikan air tidak keluar.

6- Selepas ketat, naikkan selak keatas sehingga cable tight memegang mulut botol. Lertakkan batu atau apa-apa benda berat kat atas pelantar supaya stabil

7- Buka muncung roket, keluarkan payung terjun dan letakkan bedak. Ini supaya payung terjun mudah terbuka dan tidak melekat kepada plastisin. Lipat dan letakkan semula muncung roket bersama belon.

8- Ingat lagi kita lekatkan lebih kurang 8 in double side tape di tepi muncung roket. Sekarang klipkan dengan pemberat ( klip baju yang diikat dengan nut ) di kedua-dua tape itu. Ini supaya ketika pelancaran muncung akan stabil dan tak jatuh. Pemberat ini akan tertanggal dengan sendirinya ketika pelancaran akibat tarikan graviti dan tujahan yang kuat keatas. 

9- Dah sedia untuk pelancaran. Hidupkan pum beri tekanan secukup rasa ( yang nie aku pun tak berapa pasti ). Bersedia untuk menarik selak untuk pelancaran.

10- Semua dah sedia, tarikkkkk tali selak dan zuuupppppp roket air akan terlepas dan meluncur ke atas. Tinggi boleh tahan la. Burung terbang pun boleh panik. 
 
11- Ingat lagi belon ( ada sedikit angin ) yang kita masukkan bersama payung terjun? Ketika pelancaran belon ini akan mengembang disebabkan perubahan daya graviti, tindakan ini akan menolak keluar muncung roket dan payung terjun akan terbuka.

12- Soyuz telah mendarat dengan selamat

Nie lah serba sedikit cara pelancaran roket air.

Penghargaan kepada Dr.Chong Hon Yew yang sentiasa komited dengan pembuatan roket air dan sentiasa ringan mulut memberi penerangan kepada pengunjung tanpa rasa letih.
Cara buat roket air yang lepas :

1) Roket Air - Bahagian 1

2 comments: