Sokongan rakyat Malaysia kepada pemain Liverpool. Adakah kita juga akan buat begini kepada golongan ilmuan? Gambar dari Berita Harian Onlina |
Perlawana yang telah menghinpunkan 80 ribu penyokong di Stadium Bukit Jalil. Dari banyak-banyak tuu yang sokong Malaysia berapa ??. Walau Malaysia telah kecundang tapi dengan jumlah jaringan sebanyak 3 butir menunjukkan pemain Malaysia pun telah memberi tentangan yang hebat kepada Liverpool yang telah menjaringkan 6 butir. Aku yang tak minat bola pun jadi teruja gak. Aku tengok jaringan kat berita ja lah. Siaran Nasional RTM mana mampu nak siarkan perlawanan nie, hidup ASTRO...boleh naikkan lagi yuran.
Itu perlawanan pertama, perlawanan kedua ialah mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Malam Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amal kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan ditulis pada buku catatan yang baru akan bermula sebaik saja masuk waktu maghrib [15 syaaban bermula pada 14 syaaban iaitu sebaik saja masuk maghrib]
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban),
Solat sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x,
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
(15 Sya’aban)
i) Selepas Yasin pertama :
mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua :
mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga :
mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
( Ibadat Malam Nisfu Sya'aban petikan dari http://shahjulia.blogspot.com/2009/07/fadhilat-bulan-syaaban.html )
Banyak lagi amalan-amalan yang boleh dilakukan pada Bulan Sya'aban. ( Menjadi peringatan kepada aku yang lalai )
p/s: Kalau kita lihat kedua-dua perlawanan ini bertembung pada masa yang sama yang mana satu akan menang ??
aku tengok 80K org kat stadium (tv) saat nak bergerak ke tpt belajar aku jam 7 malam, (moga mereka bukan kalangan org yg rugi) sedang hati aku bergelora x dpt menyempurnakan ibadat dan sambutan nisfu syaaban tika Maghrib kerana ujian tepat jam 8mlm. buat after isya' ok ker?
ReplyDeletelepas insyak dah masuk buku baru. Apa2 pun tuhan yang tahu.
ReplyDelete