Selama 3 hari iaitu dari 3hb Julai hingga 5hb Julai 2009, USM telah mengadakan Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2009 yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar (DUP). Gambar yang aku ambil merupakan sebahagian aktiviti yang diadakan pada hari kedua. Program ini dianjurkan oleh USM, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Berbagai acara yang diadakan seperti ceramah, cerapan matahari, pameran alatan astronomi yang dibina oleh orang Islam dahulu yang dibawa oleh Muzium Dan Galeri USM, jualan alatan cerapan seperti telescope dan kompas, jualan buku-buku, kamera, batu-batu hiasan dan ada permainan yang dibawa oleh Petrosains, Playsmart dan yang menjadi tarikan utama ialah pertandingan antara sekolah roket air ( water rocket).
Booth yang mengambil bahagian ialah, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Jabatan Pemetaan Malaysia, Syarikat-syarikat yag menjual telescope, kamera dan banyak lagi.
Aktiviti yang menjadi ikon kepada konvensyen ini....pertandingan water rocket. Pertandingan ini diadakan waktu pagi di padang kawat banyak sekolah yang mengambil bahagian. Water rocket ini kebanyakkannya dibuat dari bahan terbuang, bahan utama ialah botol minetal water dan tambahan bahan-bahan lain untuk mencantikkan dan memberi kelajuan kepada pelancarannya.
Water rockret ini dilengkapi dengan payung terjun. Syarat pertandingan ini ialah roket yang mana berada diudara terlama sebelum terhempas ke bumi atau kebumbung dikira menang.
Tahun ini banyak kekurangan dari segi peserta pameran dan syarikat AMD kali ini tidak mengambil bahagian. Ceramah-ceramah juga kurang mendapat sabutan. Yang menjadi tarikan ialah cerapan bintang pada malam hari kedua, program ini juga tidak dapat menarik peserta untukmengambil bahagian ini berkemungkinan cuaca yang tidak mengizinkan.
Setelah 5 kali telah diadakan konvensyen Astronomi ini. Yang dapat dibanggakan ialah konvensyen kali pertama dimana banyak acara yang telah dijalankan dan juga dapat menarik ramai peserta dan pengunjug. Setelah sekian lama diadakan ia semakin malap dan tidak bermaya. Banyak perkara yang perlu diambil kira oleh penganjur untuk menarik peserta dan juga pengunjung untuk mengambil bahagian dalam konvensyen ini. Antara yang dapat saya senaraikan ialah:
1- Dapatkan penaja yang sebolehnya dapat memberi bukan setakat keewangan tetapi juga tenaga mereka seperti diadakan projek-projek berasaskan sains yang dapat disertai oleh pengunjung.
2- Promosi yang lebih hebat lagi, untuk menarik pengunjung dan peserta.
3- Ceramah-caramah kalau boleh salah seorang dari penceramah merupakan ikon yang menjadi rujukan atau dikenali ramai dalam bidang astronomi. Ini merupakan tarikan yang penting.
4- Faktor cuaca juga amat penting, sebolehnya dipilih suatu masa yang mempunyai hari yang cerah dan kurang/tiada berawan dan tentunya bukan musim hujan. Ini akan menjadikan proses cerapan berjalan denga lancar memandangkan alatan cerapan berat dan mahal untuk dibawa kesana-kesini.
5- Tarikan permainan yang dibawa oleh Petrosains ( Play Smart ) juga jika boleh dibawa juga alatan-alatan yang menarik seperti Zero Graviti dan skuter 2 tayar( seperti tahun lalu, 2008 ).
6- Diadakan jadual aktiviti yang lebih menarik dan padat dan juga aktiviti ini diwar-warkan supaya pengunjung dapat mengambil bahagian. Apa yang berlaku kali ini aktiviti terlalu longgar dan terlampau kurang untuk pengunjung mengambil bahagian.
7- Aktiviti 'hands-on' amat perlu dibanyakkan seperti contohnya membina water rocket dan membina spektrum pelangi (seperti 3 ke 4 tahun sudah).
Ini adalah pendapat saya sahaja, dimana saya telah bertugas dan berada disitu dari konvensyen kali pertama hingga yang terbaru ini.
No comments:
Post a Comment