Anugerah Kecemerlangan SKBP 2013

Sabtu lepas 20hb Julai 2013, SK Bertam Perdana berlangsung acara kemuncak untuk pelajar-pelajarnya yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun. Tahun ini acara anugerah ini ada kelainan sikit sebab tak boleh makan, diadakan dalam bulan puasa.
DSC_3939
Pentas yang ceria hasil cikgu Aziah
Kami sekeluarga datang ke sekolah bagi memberi sokonga kepada M Ammar. Walau acara dijalankan dalam bulan puasa, ibu bapa tetap ramai.
DSC_3944
Tahun ini Muhammad Ammar naik pentas setelah tersenarai dalam top ten tahun 2. Dia berada di tangga ke 8 naik sikit dari tahun lepas di tangga ke 10 tapi tak dapat no 1- 3 dalam kelas, Alhamdulillah.

Acara dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Azli mohon dipermudahkan majlis diberkati dan dipermudahkan.
DSC_3946
Habis sahaja ustaz berdoa, dijemput Guru Besar (GB) Tn Hj Ahmad Baker memberi ucapan. Aku pun tak berapa ingat apa yang di katakan oleh GB. Yang masih aku ingat ialah GB memberitahu bahawa bilangan pelajar untuk tahun hadapan akan bertambah, oleh itu bilangan bilik darjah untuk tahun satu berkemungkinan ditambah menjadi 8 kelas.

Untuk tahun hadapan sekolah terpaksa di jalankan 2 sesi juga, pagi dan petang. Matlamat untuk menjalankan satu sesi yang digebar gemburkan oleh kerajaan masih tak akan berlaku.
DSC_3947
GB meminta jasa baik PPD (ada kat depan) melihat masalah ini dengan mempercepatkan pembinaan sekolah rendah baru di kawasan Bertam Putra yang sekian lama tidak mendapat apa-apa keputusan lagi, tertangguh.

Tn GB juga meminta jasa baik ibu bapa membuat sumbangan untuk pembinaan surau. Untuk itu, sekolah telah menyediakan kaunter di kantin sekolah. Resit berharga RM20.00 setiap satu disediakan untuk memudahkan ibu bapa membuat sumbangan. Klik sini untuk maklumat lanjut.
DSC_3994
Sumbangan untuk Surau SK Bertam Perdana

Ketika ini bilik darjah digunakan sebagai surau. Dengan pembinaan surau ini, pelajar dapat bersolat dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa. Bilik darjah tersebut dapat digunakan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah dan juga jika kritikal surau pun boleh dijadikan tempat untuk pembelajaran sementara. 

DSC_3955
Selesai sahaja ucapan GB, YDP PIBG Tn Hj Abdul Latif pula mengambil microphon. Beliau meminta ibu bapa terus memberi sokongan kepada aktiviti sekolah dan membantu sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Acara kemuncak, ucapan dan perasmian oleh Pegawai Pelajaran  Daerah (PPD) SPU, Tn Hj Supian Paimin. Panjamh juga dia berucap. Aku pun tak berapa ingat maklumat-maklumat yang disampaikan. Antara yang aku ingat ialah beliau menasihati ibu bapa supaya memberi perhatian dan memantau anak-anak dan sentiasa prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.
DSC_3960
Perasmian oleh PPD SPU Tn Hj Supian Paimin
Beliau menerangkan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kementerian pelajaran untuk meningkatkan sistem pembelajaran seperti  ibu bapa boleh mendapat maklumat menganai aktiviti sekolah dan juga pencapaian anak-anak secara dalam talian.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang menyerlah dalam akademik pula jangan bersedih kerana kerajaan telah berusaha untuk mentranformasikan pendidikan vokasional dimana pendidikan asas vokasional ditawarkan seawal tingkatan satu disekolah-sekolah tertentu ( dulu pendidikan vokasional dimulai dari tingkatan 4) dan mereka ini boleh mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Diploma dan Kolej-kolej Vokasional juga akan diadakan.

Kerajaan juga ingin meningkatkan anak-anak mendapat pendidikan awal oleh itu akan ditambah bilangan pra-sekolah yang diuruskan oleh kerajaan dan juga swasta. Untuk menarik  minat pihak swasta menubuhkan pra-sekolah pemberian geran permulaan ditingkatkan dari RM 10,000 ke RM 20,000.
DSC_3953
Firas dan Fatini menghilangkan jemu.
Ada beberapa perkara lagi yang diucap beliau seperti sekolah yang mencapai perestasi tertentu akan menerima ganjaran wang yang boleh diuruskan sendiri oleh sekolah dan juga kaedah menanggani isu pembelajaran dalam LINUS. Itu sahaja yang aku ingat dan ditokok tambah sikit ikut sedap jari aku.

Satu saja aku rasa kekurangan dalam ucapan  PPD iaitu beliau tak menyentuh apa-apa mengenai status sekolah baru untuk menampung bilangan pelajar di kawasan Bertam ini. YB datang tak jadi apa, pegawai datang pun tak kata apa. Rasanya kalau ada Pilihanraya Kecil kawasan nie mungkin projek sekolah boleh dicepatkan ~ teringat Pilihanraya Kecil Kuala Besut, berbagai dana kerajaan bagi dengan tiba-tiba saja.

Selesai sahaja ucapan dan perasmian, dimulai acara dengan persembahan kalam jamaie oleh Puteri Islam.
DSC_3966
Kalam Jamaie oleh Puteri Islam.
Selesai persembahan, acara  kemuncak iaitu penyampaian hadiah kepada pelajar dijalankan untuk setiap pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Hadiah disampaikan untuk pelajar yang mendapat kedudukan 1 hingga 3 dalam kelas, pelajaran terbaik dan juga 10 pelajar terbaik untuk tahunnya.
DSC_3985
Muhammad Ammar terima hadiah top 10 tahun 2.
Duduk tak berapa lama Ammar terima hadiah, kami pun balik. Tak larat tunggu lama-lama, kepung dua si kecil Firas dan Fatini. Yang jadi mangsa kepung bebudak tu siapa lagi kalau tak Siti Sarah.

No comments:

Post a Comment