Thursday, August 15, 2013

Lemang Bakar Simpang Bertam Perdana

Setiap Hari Raya Puasa sehingga Hari Raya Haji pasti orang-orang yang lalu dihadapan Taman Bertam Perdana 2 & 3 akan nampak khemah menjual lemang betul-betul di persimpangan masuk ke kawasan taman.

Hari-hari biasa khemah nie tak ujud. Dipertengahan Ramadhan akan mula terpacak khemah dan juga longgokan kayu dan bila hampir untuk menyambut Hari Raya baru pembakaran lemang bermula.
Rendang dan serunding pun ada.
Bagi aku lemang tempat nie antara yang terbaik. Malam raya kali nie beli bawa balik kampung dan buka hari raya kedua, masih elok dan lembut. Harga mengikut saiz dari RM 10.00 hingga RM 15.00. Boleh kata setiap kali hari raya, lemang nie akan menjadi mangsa ~ bukan promosi tapi kisah benar. Selain lemang dijual juga rendang dan serunding.

Kalau nak rasa lemang yang best nie jangan datang lewat sangat... cepat habis. Lokasi kat bawah.


View Lemang Bakar Simpang Bertam Perdana in a larger map

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...