Petikan dari http://www.dailymail.co.uk |
Petikan dari http://www.thedailystar.net |
Abu Hurairah dan Jabir Radhiallahu ‘anhuma pula telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
سَمُّوا بِاسْمِي وَ َ لا تَ ْ كتَنُوا بِ ُ كنْيَتِي.
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya:
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku.”(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Bahkan nama Muhammad mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesuatu keluarga.(Fatwa: 66/91)
Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata:
“Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.
Perlu diingat, nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia. Oleh itu jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Fatwa: 66/1991)
Sumber : Mufti Brunei
No comments:
Post a Comment