Hujan Meteor Perseid :: Jangan Buat Hajat

Malam nie tentu ramai dok tunggu debu dari meteor Perseid yang akan memasuki ruang udara bumi. Aku pun dengan semangat nak tengok peristiwa nie tapi dengan nyamuk, aku terpaksa masuk rumah balik. Tak pa esok tentu ramai yang update video dan  gambar debu meteor ni. Fenomena ini dapat dilihat dua hari iaitu malam ini jam 11 malam (Isnin  12 Ogos 2013) sehingga subuh esok (Selasa 13 Ogos 2013).
Meteor. Sumber dari internet

Aku cuma nak nasihatkan kepada yang lihat hujan meteor nie terutama yang beragama Islam tolong jangan buat permintaan (wish) ketika ternampak cahaya meteor nie seperti kepercayaan bangsa lain. Mana tahu kita terikut dengan budaya barat kerana sekian lama disumbat dengan filem barat yang selalu memaparkan mereka akan membuat permintaan atau hajat ketika melihat tahi bintang jatuh. Takut tersesat.

Hanya kepada Allah sahaja tempat kita memohon hajat.

*** petikan dari BERNAMA***

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.
.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
.
"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
.
"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.
.
Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - BERNAMA

p/s: esok tentu ramai yang sakit tengkok, lama langut ke langit.

No comments:

Post a Comment