Rebat Perbelanjaan Tuisyen


Kelmarin dok selak-selak surat khabar terjumpa berita kat bawah nie.  Pelepasan cukai kepada ibu bapa yang hantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen. Menarik nie, bukan sikit belanja yang dikeluarkan untuk hantar anak-anak kesana.
Pelepasan perbelanjaan pendidikan. Petikan dari Utusan Malaysia 20hb Ogos 2013.

Tuisyen nie boleh dikatakan suatu keperluan juga untuk anak-anak mendalami pelajaran ketika ini. Kadang-kadang di sekolah anak-anak tak dapat memahami apa yang diajar disebabkan kapasiti murid dalam kelas yang ramai dan tempoh pengajaran sesuatu subjek yang singkat dan guru-guru terpaksa mengejar untuk menghabiskan silibus mengikut jadual menyebabkan matlamat pengajaran dan pembelajaran tidak kesampaian.

Tambahan pula ada sekolah-sekolah yang masih lagi menjalankan persekolahan sesi petang ~ entah bila nak selesai. Waktu petang bagi aku bukan boleh belajar lagi, masa untuk berehat dan menyelesaikan apa-apa yang bersisa dari waktu pagi. Jadi tuisyen inilah menjadi alternatif untuk menyelesikan perkara nie.

Walau di sekolah dikatakan menggunakan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah tapi sistem lama menjuruskan peperiksaan akademik tetap menjadi perkara utama.

Pelepasan ini merupakan cadangan sahaja yang akan diketengahkan kepada DS Najib untuk dibentangkan dalam Belanjawan 2014. Harap jadi lah kot, kurang sedikit beban ibu bapa ~ kalau lulus pun mungkin ada ketegori pendapatan ibu bapa yang diambil kira.

Kalaulah dilaksanakan nanti bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan ibu bapa malah berkemungkinan meningkatkan ujudnya pusat tuisyen baru. Maklumlah ramai ibu bapa yang ingin mengambil peluang dari rebate cukai ini. Hantar anak siang malam ke pusat tuisyen.

Pusat tuisyen pun ketika itu jangan pula menaikkan yuran sesuka hati.

Ketika itu permintaan guru untuk menjadi tenaga pengajar sambilan pun bertambahlah. Alhamdulillah rezeki cikgu. Kepada cikgu-cikgu yang buat tuisyen nie jangan lupa kepada kerja yang diamanahkan kerajaan kepada mereka untuk mendidik anak bangsa. Jangan mengejar pendapatan tambahan menjadi guru tuisyen sehingga mengabaikan tanggung jawab kepada anak murid di sekolah. Mohon perkara ini tak berlaku.

Petikan dari file P. Ramlee, Masam-masam Manis :

Che gu Shaari : "Murid-murid sekarang baca apa yang che gu tulis di papan hitam ya. Baca seorang demi seorang mulai daripada Nordin Bin Hanafi. Haaa... baca Nordin"
Anak murid : " Che gu suka main bola. Hari-hari che gu main bola." X 12
Anak murid : " Che gu suka main bola. Hari-hari che gu tidur. Che gu suka tidur, mari kita main!!"
*** Petikan dari Utusan Online pada 20hb Ogos 2013 ***

Pelepasan Perbelanjaan Pendidikan


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam bidang pendidikan termasuk penghantaran anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi maklum balas dalam sesi dialog terhadap persoalan yang dibangkitkan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, cadangan tersebut akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengumpul pelbagai saranan dan idea untuk polisi-polisi baharu dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan Oktober ini.

''Menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau pusat-pusat tuisyen memerlukan perbelanjaan yang besar. Untuk memberikan pelepasan cukai kepada ibu bapa yang memperuntukkan perbelanjaan dalam pendidikan termasuk menghantar anak-anak ke sekolah swasta dan tuisyen, kita akan pertimbangkan.

Arikel Penuh: http://www.utusan.com.my/

 

No comments:

Post a Comment