Restoran Bawal Padang Temusu

Ini masih lagi sambungan cerita makan-makan bermula pagi tadi di Nasi Lemak Cinta Sayang. Dalam tengahari dah selesai segala urusan di Sungai Petani, dalam perjalanan balik ke Kepala Batas singgah sebentar di Padang Temusu, Restoran Bawal ~ cerita bulan Jun.
Restoran Bawal Padang Temusu Sungai Petani
Masuk kedalam baru nampak luas dan selesa. Dari luar namapak pokok-pokok ja. Kami pilih dok bawah dangau baru romatik. Maklumlah jalan berdua dengan isteri aku ja, anak-anak ke sekolah dan tadika. Dok tak berapa lama datang seorang pakcik beri menu. Tuuu dia punya menu dalam ring fail, jenuh baca.
Menu dalam ring fail

Macam-macam ada dari kepala ikan, bawal, kambing, rusa, itik, pari. Bukan kari saja nak masak lemak, stim, 3 rasa pun ada. Nak pilih menu berasingan boleh nak pilih set pun ada. Patutlah menu macam fail pejabat.


Antara menu Restoran Bawal

Kami pilih kari kepala ikan. Kepala ikan pun ada macam-macam jenama, ikan merah, ikan kacang-kacang, ikan kerapu dan macam-macam lagi. Aku pun lupa kepala ikan apa oder hari tu. Sampingan pilih ayam goreng.

Dok belek-belek menu ternampak pula pekasam dangan sambal macang. Tak boleh tahan, apa lagi sambung oder dua benda nie pulak. Nie dia dah sampai.
Kari kepala ikan, kari yang mantop dengan bendi dan tomato. Memang terbaik, mesti oder kat sini. Set kari kepala ikan datang dengan ulam dan sambal.
Pekasam, meleleh air liur

Oder asing, sambal macang kena dengan ulam memang best.




Keseluruhan apa yang kami makan memang terbaik, nak kena ulang lagi nie bawa anak-anak sekali. Tempat makan pun selesa dan bersih tambahan disediakan surau, mana tahu makan sampai tak ingat dunia boleh solat kat situ.
Kicap Kipas Udang Habhal disediakan.

Yang menarik restoran nie siapa yang datang jangan harap nak dilayan oleh awek-awek comei pakai ketat-ketat. Boleh kata semua pekerja bahagian hadapan nie lelaki. Alhamdulillah, memang terbaik apa yang dilakukan. Kalau sedap, memang makanan tu sedap bukan sebab pelayan comei.
Tempat makan ada dua tingkat. Sama saja.

Kat sini nie nak makan meja biasa pun boleh atau nak makan kat wakaf pun boleh, ikut yang mana selesa.
Ada tiga buah wakaf. Makan kat situ rasa macam dok kat kampung.

Restoran Bawal nie dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ketika Ramadhan nie restoran buka waktu bila boleh hubungi no telepon : 04-4315752 atau 012-5850677.

Lokasi keluar dari tol Sungai Petani Selatan terus hingga sampai simpang empat yang ada Gian Hypermarket belok ke kiri kearah Butterworth akan sampai ke Padang Temusu, akan nampak banyak kedai jual kereta termasuk Pusat Servis Toyota. Kedai nie disebelah kiri lebih kurang 300 meter dari pusat Servis Toyota.

View Restoraan Bawal in a larger map
p/s: masa posa tulis mengenai makanan memang best.

2 comments:

  1. Dok lalu tengok sentiasa banyak kereta especially tengahari. satu hari mesti nak cuba..tak tahan tengok gambar2 kat sini...yummeh sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kari memang terbaik kat sini...nanti nak pi ulang

      Delete