Aku pun tak ingat urusan apa sehingga telah terterjah ke Bandar PERDA. Oleh kerana dah sampai kesana dan berkebetulan tengaharai maka isi perutlah. Ada sebuah restoran yang menyediakan nasi campur kampung kat kawasan tu berhampiran simpang McD, Restoran Sejati Gemilang ~ Cerita bulan Jun lagi, tulis pi lah.
|
Restoran Sejati Gemilang Bandar Perda |
Masa kami sampai orang dah ramai dan lauk pun banyak. Dari kari, masak lemak, kerabu hingga ikan, daging bakar. Ulam-ulam pun banyak. Setiap jenis lauk disusun berasingan seperti ulam satu tempat, sayur satu tempat lain ~ mudah nak pilih. Boleh pening juga nak pilih dengan lauk banyak cam nie. Nak makan semua, ingat jin ka?
|
sayur |
|
lauk |
|
kerabu |
|
ikan bakar panas |
|
ulam dan sambal |
Nie dia apa yang kami ambil, ikan bakar, air asam, sambal dan ulam dan atas nasi ada sikit bahan-bahan lain ~ macam menu kesihatan pula.
|
Ingat terubuk bakar, tapi entah ikan apa tak tau. Sebelum ambik tak tanya dulu. |
Makan kat sini memang puas hatilah, makanan banyak pilihan dan lauk-pauk yang aku ambil sedap. Manusia yang datang pun ramai terutama masa rehat, jadi kalau lewat boleh kikih kuah saja la.
|
Orang ramai |
Restoran Sejati Gemilang nie dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Tengahari disediakan menu nasi campur kampung macam aku makan nie dan malam ala-thai. Lokasi lihat google map kat bawah.
View Restoran Sejati Gemilang in a larger map
sejati gemilang ni memang best. rambang mata, banyak pilihan sampai tak tau nak pilih mana satu. paling tak tahan, bakar-bakar dengan kerabu yang beraneka jenis.
ReplyDeleteBetul tu, pi lewat tingai kuah ja
Delete