Sumbangan Pembinaan Surau SK Bertam Perdana

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya."

Perkara pertama yang disebutkan dalam hadis ini ialah sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Semasa hidup di dunia si mati melakukan amalan tertentu yang dia tetap memperolehi pahala walaupun dia telah meninggal dunia seperti mendirikan masjid, sekolah dan menggali telaga. Begitu juga amalan-amalan lain yang terus menerus mendatangkan manfaat kepada orang lain seperti membina hospital, membina jambatan, mewakafkan buku-buku agama dan sebagainnya.


Oleh itu kepada yang mempunyai kelebihan rezeki marilah beramai-ramai memberi sumbangan kepada pembinaan surau di SK Bertam Perdana Kepala Batas. Ketika ini bilik darjah dijadikan surau sementara dan tidak berapa sempurna. Dengan terbinanya surau ini, ia akan memberi manfaat kepada pelajar yang lebih dari 1000 orang untuk bersolat dan menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa.

Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan untuk pembinaan Surau SK Bertam Perdana bolehlah hubungi Tn Hj Abd Latif : 019-546 6547,  Tn Hj Ahmad Baker : 016-492 3834, En Mohd Khir 017-438 3809 dan Tengku Zakaria 012-562 4640.

Insyallah dengan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dapatlah dibina surau ini dan pelajar-pelajar dapat beribadat dengan sempurna dan semoga mereka menjadi insan-insan yang bertaqwa dan berilmu.

Terima kasih kepada yang telah membuat sumbangan dan jangan lupa war-warkan kepada rakan-rakan.


No comments:

Post a Comment