Sekarang ramai yang tukar gambar profile yang glamour ke gambar isyarat empat jari. Apa tu isyarat empat jari yang ketika nie sangat femes. Isyarat empat jari ini digunakan oleh pejuang-pejuang dan penduduk yang berhimpun di Dataran Rabaah al-Adawiyah untuk membantah rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Mesir terhadap Perdana Menteri Mesir yang sah, Mohamed Mursi
Isyarat empat datang dari nama dataran Rabaa al-Adawiya dimana Rabaah atau Rabia bermaksud empat dalam bahasa Arab. Isyarat ini juga digunakan untuk membezakan mereka dari golongan kecewa satu lagi yang menyokong rampasan kuasa yang berhimpun di Tahrir Square. Golongan kecewa ini menggunakan isyarat dua jari.
Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdoğan juga menunjukkan isyarat ini ketika berucap di disebuah majlis pada 17hb Ogos sebagai tanda membantah terhadap penggulingan kuasa oleh ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.
Sedikit sejarah dataran Rabaa al-Adawiya:
Dataran ini dinamakan bersempena dengan nama seorang perempuan beriman bernama Rabaa al-Adawiya. Rabaa merujuk kepada anak keempat dalam keluarga tersebut. Kehidupan awal yang susah dan cabaran yang dilaluinya untuk kebebasan dan menuju Illahi menjadikan nama beliau sebagai simbol kepada perjuangan menegakkan kebenaran. Nak tahu kisah Rabiatul Adawiyah atau Rabiah al-Adawiyah klik sini, sini, sini dan banyak lagi, sila google.
No comments:
Post a Comment