Hari Raya Bersama Jeruk Madu Pak Ali

Raya kali nie untuk penduduk Penang, apa kata tak payah jamu tetamu dengan kuih dan ketupat tapi kali nie jamu pula jeruk dan bila nak balik kampung pun bawa balik jeruk saja, ada lain sikit.
Jeruk Madu Pak Ali
Semenjak dua menjak nie Jeruk Madu Pak Ali memang femes. Kedai jual jeruk pun bertambah kat merata tempat. Tahun nie tak tau sebab apa tetiba saja terbeli Jeruk Madu Pak Ali.
DSC_4084
Kedai Jeruk Madu Pak Ali di Medan Suri, Sungai Nibong Penang.
Kat Penang nie ramai yang jual jeruk buah terutama kat Bazar Chowrasta. Kat situ bersepah berbagai jeruk dijual terutama buah pala tapi asal usul pembuatannya aku tak pastilah. Semenjak 10 tahun kerja kat Penang, aku cuma beli Jeruk Madu Pak Ali kat Medan Suri saja. Dah terbukti orang Melayu buat. Yakin sikit. Ramai juga pelawat yang datang ke tempat kerja aku pasti ke sini beli sebagai buah tangan atau ada orang dah pesan.
DSC_4065

DSC_4073
Berbagai jerul buah,
DSC_4079
Berbagai jeruk buah dijual disamping ikan masin, kuah rojak, keropok dan macam-macam lagi.
Jeruk kat sini dibuat dari berbagai buah seperti mempelam, betik, kedondong/amra, pala, setoi, ceri, sengkuang, salak, kelubi. Nak beli satu-satu jenis boleh atau nak campur pun boleh. Harga mengikut jenis buah, untuk sekilo jeruk campur RM12.00 dan setengah kilo RM6.00.
DSC_4068
Jeruk siap di bungkus.
DSC_4075
Jeruk campur
DSC_4072
Kat sini jeruk ditimbang mengikut permintaan pelanggan.
Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali yang aku ambil dari plastik bungkusan ialah bahan untuk pembuatan jeruk digunakan gula pasir ( tak guna gula sakarin / ibu gula), cuka epal dan air yang digunakan ditapis dan dididihkan. Yang menarik air jus jeruk tu boleh diminum ~ aku tak pernah buat lagi. Pernah tak beli jeruk bila makan akan terasa seperti gas yang menyucuk hidung sampai terbatuk? Ini satu lagi yang menarik jeruk nie tiada kesan batuk.

Sekarang Jeruk Madu Pak Ali dah di jual merata tempat, dari kedai ke kiosk kat pasaraya. Nak hubungi dan mendapat maklumat lanjut boleh layari sini. Lokasi kedai Medan Suri, Sungai Nibong lihat Google Map kat bawah

View Larger Map


UPDATE:

22hb Mei 2014 : Hari nie aku pi ke Medan Suri namak  satu notis Jeruk Pak Ali dah berpindah. Menurut peniaga kat situ, depa pindah ke kedai baru berhadapan Tapak Pesta Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment