Friday, February 15, 2013

Sabah - Hari 5 : Perjalanan Dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1

[ 7hb Disember 2012, Jumaat - Pagi ]

Selamat tinggal suasana yang sejuk di Celyn Resort Ranau, kini perjalanan balik ke Kota Kinabalu semula ~ macam KK tu rumah aku.

Kali nie saja tulis mengenai perjalanan sebab ada dua tiga tempat yang disinggah. Bukan nak cerita mengenai kiri kanan jalan. Rasanya kiri kanan jalan kat sini macam biasa sahaja, ada rumah-rumah kayu macam kat kampung, tak banyak beza dari kat semenanjung. Jalan pun kira OK, bertar ( kami tak masuklah yang macam Camel Trophy tu ~ nak cari pasai ).
Pasar Sayur dan Buah Kundasang. Gerai dikiri kanan jalan.

Sebok menulis ayat kat atas kami dah melalui Pekan Kundasang dan sampai pun ke Pasar Sayur Dan Buah Kundasang ~ macam buat siaran lansung. Pasar nie bukan dalam Pekan Kundasang, jauh sedikit. Ia terletak di kiri kanan jalan, macam kat Wang Kelian (tapi jangan dok jalan tengah jalanraya macam kat Wang Kelian macam filem hindustan ~ kereta laju).

Awan biru, cerah tetapi tak terasa panas sangat, dingin tanah tinggi. Berpuluh-puluh kedai berderet di tepi jalan. Berbagai hasil tempatan yang segar dari tanah tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, madu, pokok-pokok bunga disamping itu ada juga makanan seperti kerepek dijual. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kat Cameron Highland seperti keret, kubis, tomato.


Berbagai hasil tempatan dijual. Buah, sayur, madu, keropok dan lain-lain.
Dalam perjalanan yang lepas ada ternampak buah ini, dijual digerai-gerai tepi jalan. Tapi tak ada jodoh nak makan lagi. Kali ini tertunai hajat aku nak makan buah yang ada kat sini sahaja. Kat semenanjung rasa aku tak pernah jumpa lagi. Jeng...jeng.... jeng.. buah terap atau tarap. Jumpa kat gerai disitu terus beli sebiji. Tak silap aku RM 7.00. Suruh bungkus nak bawa balik. Buah tarap nie bentuk hampir bulat, kulit seperti kulit pulasan ada bulu-bulu kasar dan berwarna hijau pudar.
Buah tarap.
 Selisih dengan abang driver van. Dia kata tak boleh bawa masuk dalam van, sebab bau kuat dan susah keluar. Alamakkkk, dah beli. Jadi apa lagi balik ke gerai tadi refund balik, hahahahaa... boleh ka macam tu. Zalim betul la. Apa lagi suruh mak cik kedai tu buka, kami bukan ada pisau.
Nak buka macam nie.

Mak cik tu kata senang saja buka. Koyak dengan tangan saja sebab kulit dia lembut. Laaaa mudah betul. Nampaklah ulas isinya yang kuning pucat. Ulasnya seperti ulas cempedak ada biji kat dalam tetapi lebih kecil. Apa lagi pakat ramai-ramai serbu. Rasa dan bau seperi cempedak ~ boleh buat cucuq macam cempedak tak pasti. Tapi yang konpiusnya tak bau kuat pun, macam mana driver van tu cakap bau kuat. Mungkin hidung aku tak sensitip kot.
Koyak saja kulitnya.
Ulas buah tarap seperti cempedak.
Boleh tahan sedap, rasa macam cempedak.

Kami tak lama disitu beli serba sedikit dan naik van semula. Puas hatilah dapat makan benda eksotik nie.

Dalam perjalanan dikiri kanan jalan ketika nie ada banyak gerai yang menjual buah. Musim buah kot kat sana. Buah-buah seperti kat semenanjung seperti manggis, durian dan rambutan. Dalam banyak -banyak gerai yang berselisih, lalu van berhenti kat sebuah gerai. Apa lagi pakat-pakat turun serbu.
Gerai buah-buahan.
Walau datang dari Penang yang terkenal dengan durian Balik Pulau tapi bila sampai sini kena rasa durian istimewa dari Sabah. Tak ada kat semenanjung.

Kanan durian dalit / bukit dan kiri durian biasa.
Durian dari Balik Pulau atau Batu Kurau besar-besar tapi durian tempatan kat sini kecil-kecil molek saja macam aku. Aku nak cakap pun tak tau besar mana. Sat aku tengah pikiaq buat perbandingan. Haaaaa... lebih kurang besar DVD (bukan DVD Player). Duri-duri dia pun lebih panjang dan tajam. Inilah dinamakan durian dalit atau durian bukit.
Isi yang comel, dua pangsa sahaja yang ada isi. (gambar menunujukkan satu pangsa, pangsa kedua belum buka lagi)

Nahhh... dibuka pula, cuma dua pangsa saja yang berisi. Pangsa-pangsa lain kosong. Lepas buka apa lagi, ngappp lah. Rasa pula, jeng... jeng.. jeng.... sama ja macam durian kat semenanjung.  Selungguk 6 biji harga RM 10.00.

Cerahhh.....
Durian dalit ini hanya ada kat Sabah. Ada yang isi berwarna merah tapi yang aku makan warna kuning. Kat gerai tu juga jual buah tarap. Yang tak puas hatinya harga sebiji RM 2.00 ja. Mungkin pokok sendiri. Pokok tarap banyak di kampung-kampung sepanjang perjalanan (gerai kat Kundasang tu mungkin penjual saja). Errr.... berlahak bau durian.

Dah panjang nie, cukuplah tu. Kita sambung bahagian kedua perjalanan dari Ranau ke KK.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...