PBS : Saja Nak Tulis

Semalam tertonton TV1 rancangan Dialog kalau tak silap aku mengenai PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Bukan Parti Bersatu Sabah). Banyak diperkatakan mengenai PBS nie oleh guru-guru dan bakal guru dan juga wakil PIBG. 

Hari ini cari dalam internet, maka berbagai pro dan con yang dibaca berkisarkan kepada guru seperti guru terpaksa bangun malam untuk masukkan data murid sebab malam internet laju. Menambah tugas guru sebab perlu menyediakan eviden untuk setiap muridnya. Tugas guru dah banyak, tugas hakiki mengajar ditambah tugas sampingan (kadang  melebihi hakiki), tugas part-time lagi dan kini diminta memasukkan maklumat pelajar ke PBS.

Dari forum internet juga ada yang meminta guru diberi elaun khas ( elaun lagiiii), talian internet untuk guru, menaik taraf server PBS ( semalam dia kata server dah ditingkatkan ), talian internet disekolah di tingkatkan keupayaan dan berbagai lagilah.
Kg tanpa wayar ~ gambar : http://apakehei.blogspot.com/

Lihat pula kepada ibu bapa. Adakah ibu bapa juga berkemampuan untuk melihat prestasi anak-anak di internet? Adakah dibuat bancian kemudahan komputer dirumah yang ada internet? Cuba selami kehidupan ibu bapa yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, ditambah pula dengan anak-anak yang ramai. Mampukah mereka nak mengadakan komputer dengan internet. Atau mereka akan beratur di cyber cafe setiap kali keputusan peperiksaan keluar.

Oleh itu kerajaan perlu kaji semula sistem jaringan maklumat di Malaysia. Negara bergerak kehadapan dengan penambahan sistem dalam talian yang canggih. Memandangkan dah ada rebat talifon pintar sebanyak RM 200.00 (talifon pintar atau orang yang pintar?), apa kata SKMM memperkenalkan talian wi-fi percuma satu negara pula ( sekarang kat Penang sudah ada tetapi ada lokasi-lokasi yang tak dapat lagi ).

Begitu juga komputer dan printer. Sekarang ini komputer bukan sahaja untuk orang dewasa, malah anak-anak sekolah memerlukannya. Bila balik sekolah "Ibu... cikgu suruh buat folio, nak kena cari maklumat dan gambar" kata anak. Nak suruh cari dari akhbar dan majalah dah sukar sebab sekarang nie surat khabar dan majalah dah jarang dibeli (separuh berita mengenai politik, suku mengenai hiburan dan sukan, suku lagi iklan dan maklumat lain cuma picisan~ membazir).

Kalau suruh cari dari akhbar pun kadang-kadang mereka tak mahu sebab bila tampal-tampal atas kertas tak berapa cantik. Siap bagi tahu, kalau buat guna komputer cikgu lagi suka, cantik. Kalau design guna komputer dan cetak baru lawa. Jadi mahu tak mahu cari dari internet, design dan print (bukan setakat tu saja, kalau binding pun kena lawa-lawa macam tugasan kat universiti).

Itulah hakikat anak-anak zaman sekarang. Macam biasalah cadangan lagi supaya diberi rebat untuk pembelian komputer dan printer mungkin setiap empat tahun sekali. Diberi satu keluarga contohnya RM 1000.00 untuk yang berpendapatn bulanan keluarga perkapita RM800.00 sebulan. Ada setuju. Aku bagi cadangan nie bukan apa, sebab kerajaan banyak duit. Merata dia dok bagi.

Aishhhhh... nak duit jaaaa ~ mata duitan. Disamping melalui internet maklumat juga boleh di dapati terus dari guru-guru. Sekarang diperkenalkan satu satu program untuk merapatkan hubungan antara sekolah dan juga ibu bapa. Ibu bapa mengambil bahagian dalam mencorakkan pendidikan anak-anak. Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah diperkenalkan. Ibu bapa diminta untuk datang ke sekolah tiga kali setahun untuk melihat pencapaian anak-anak. Guru-guru akan menerangkan pencapaian berpandukan portfolio pelajar berdasarkan evidens dan deskriptor. Dari situ ibu bapa dapat melihat pencapaian anak-anak dan boleh berbincang bagaimana untuk meningkatkan yang mana kurang.

Jadi ibu bapa perlulah beri kerjasama dengan mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Tak boleh lagi menyerahkan tugas mendidik anak kepada pihak sekolah sahaja.

Okey lah apa-apa pun keputusan kerajaan untuk melakukan perubahan pembelajaran janganlah disebabkan sekadar menunjukkan perubahan  pucuk pimpinan sahaja maka sistem pun mesti berubah, tetapi mestilah dilihat impak yang akan diterima dan sistem itu mestilah mempunyai kesinambungan dengan hala tuju dan masa hadapan negara dan juga kemampuan rakyat untuk mengejarnya.

Link menarik untuk dibaca:
1- http://smkpahikk.blogspot.com/
2-http://sps.jpnns.gov.my/

2 comments:

  1. Thanks for info... Nice blog, meh le follow blog saya juga...

    ReplyDelete
  2. saja asah bakat...dah folow blog awak

    ReplyDelete