Dari pagi semalam dah rasa seram sejuk. Air cond buka perlahan ja tapi sejuk lebih. Semalam dah kena 2 biji panadol, berpeluh kebah. Mai pagi rasa macam nak demam lagi, kena 2 biji panadol lagi. OK sampai tengahari ja. Lepas tu gelong balik.
Lepas Jumaat ke klinik. Sebelum jumpa doktor periksa dulu tekanan darah, nadi dan suhu. 38.3 C, terus nurse bagi 2 biji panadol. Lepas tu masuk jumpa doktor. Cerita apa patut kat doktor. Rasa sakit-sakit badan, rasa melayang, sakit kepala lebih kurang. Dia kata tak berapa seronok macam kena virus atau denggi. Ditanya aku pi jalan mana sebelum nie? Aku pun ingat-ingat lupa, rasanya tak kemana sebab hari kerja. Mungkin aku masuk kawasan denggi. Lalu di ambil darah. Tak sampai 15 minit dah dapat keputusan ~ yang terpantas.
Jumpa doktor semula. Di tunjukkanlah bahawa pletlet berkurang sepatutnya 150 keatas tapi darah aku cuma 141 ja.
Doktor kata tak ada ubat cuma di beri panadol untuk demam, multivitamin dan vitamin C dan yang penting minum air banyak-banyak, sekurang-kurang 2 liter. Dia suruh kalau esok semakin teruk terus pi ke hospital bahagian kecemasan. Kalau bila gososk gigi ada darah atau ruam kat badan pun terus ke hospital. Kalau boleh bertahan tunggu hari Ahad atau Isnin jumpa dia semula.
Balik ke pejabat, tak berapa lama kawasan sekitar aku kerja kena fogging.
Kalau denggi, ini merupakan kali kedu aku kena. Tak apalah, kafarah dosa-dosa aku. Ada peluang makan sup ketam esok, nak tambah darah putih. Denggi yang lepas, selepas makan sup ketam alhamdulillah darah putih meningkat ~ petua orang dulu-dulu. Atau minum 100 Plus.
24/3/2013 ~ Update : Alhamdulillah dah sihat.
No comments:
Post a Comment