Bebola Daging IKEA nyummm... Ada Kuda?

Skandal daging kuda : IKEA hentikan jualan menu bebola daging di Eropah

26 Feb 2013 12:56pm 

Gambar hiasan ~ http://www.kakinakl.com/

STOCKHOLM – Peruncit perabot No.1 Dunia, IKEA telah memberhentikan hampir kesemua jualan bebola daging dari rangkaian kafeteria gudangnya di Eropah, selepas ujian di Republik Czech pada Isnin mendapati terdapat kandungan daging kuda dalam produk berkenaan.

IKEA yang  terkenal dengan hidangan makanan Sweden di rangkaian kafeterianya, berkata ia telah menarik kesemua produk bebola daging yang dihasilkan oleh pembekal utamanya di Sweden selepas ujian menunjukkan terdapat kandungan daging kuda dalam produk bebola daging dan babinya.

Skandal daging kuda Eropah meletus bulan lalu apabila ujian di Ireland mendedahkan beberapa produk daging lembu mengandungi DNA daging kuda, sekaligus menyebabkan penarikan semula makanan siap sedia di beberapa negara dan merosakkan keyakinan awam terhadap kompleks industri makanan yang luas di Eropah.

Bebola daging, hidangan terkenal Sweden yang dihidangkan bersama kentang lenyek, kuah dan jem lingonberry sudah menjadi sebahgaian produk terkenal IKEA dan dijual secara panas di kafeteria selain dalam bentuk sejuk beku.

Majoriti bebola daging IKEA dibuat oleh pembekal Sweden, Familjen Dafgard, yang menerusi laman webnya berkata bahawa ia sedang menyiasat situasi berkenaan dan akan menerima keputusan ujian lanjut dalam tempoh beberapa hari lagi.

Penarikan itu bagaimanapun tidak menjejaskan bebola daging di Norway, Rusia serta beberapa lagi Switzerland atau Poland yang telah dibuat oleh pembekal lain, kata jurucakap IKEA, Ylva Magnusson di ibu pejabat syarikat berkenaan di Helsingborg, selatan Sweden.

“Kami kini semakin hampir kepada kes dan membuat beberapa ujian tambahan, tetapi kami telah memutuskan untuk menghentikan jualan bebola daging untuk beberapa hari, supaya tiada siapa yang perlu bimbang sehingga kita memperoleh keputusan,” kata Magnusson.

Gudang IKEA di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jepun tidak terjejas kerana mereka mempunyai lain-lain pembekal.

Selain Republik Czech, kumpulan produk yang mengandungi daging kuda juga telah dijual di Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Slovakia, Hungary, Perancis, Itali, Sepanyol, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata keputusan ujian bakal menentukan peratusan daging kuda dalam beberapa kumpulan spesifik bebola daging. Bagaimanapun tiada petunjuk bahawa mana-mana kumpulan lain telah terjejas.

Awal bulan ini, pembuat makanan Findus dikerahkan untuk menarik semula ribuan pakej lasagne daging sejuk bekunya di Sweden selepas ia didapati mengandungi 60 ke 100 peratus daging kuda.

Pentadbiran Veterinar Czech dalam satu kenyataan berkata ia telah melaporkan penemuannya kepada bahagian pemakanan Sistem Penggera Rapid EU.

Pemeriksa mengambil sampel untuk ujian DNA dalam unit IKEA di bandar Brno dari produk yang dilabel sebagai “bebola daging dan babi,” katanya. – Reuters

petikan dari : http://news.abnxcess.com/bm/#
****************************
Bebola daging kat IKEA Malaysia pula bagaimana ??

No comments:

Post a Comment