Bebola Daging IKEA Malaysia Selamat


Bebola daging IKEA Malaysia selamat dimakan

TK Letchumy Tamboo ~ Februari 26, 2013

KUALA LUMPUR: Ikea Malaysia telah mengesahkan yang bebola daging syarikat itu selamat untuk dimakan.

Ketika dihubungi, Ikea berkata bebola daging mereka bebas daripada daging kuda dan 100 peratus diperbuat daripada daging lembu tulen.

Kenyataan ini lahir selepas laporan bahawa Ikea telah menarik balik bebola dagingnya dari 16 negara di Eropah selepas pihak berkuasa Czech menjumpai daging kuda dalam produk itu.

Pengurus gedung Ikea Malaysia Roszalena Mashurdin telah mengesahkan bahawa bebola daging yang dijual di Ikea Malaysia hanya mengandungi daging lembu dari Australia yang disahkan halal dan dihasilkan di Malaysia.

"Bahan makanan kami tidak dihasilkan oleh pembekal yang terlibat.

"Kami tidak bertolak ansur dengan bahan-bahan makanan selain yang telah ditentukan di dalam resepi atau spesifikasi kami, dan ini dilakukan menerusi standard pensijilan dan analisis produk yang telah ditetapkan oleh makmal yang bertauliah," kata beliau.

Roszalena turut berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Ikea telah menghentikan jualan bebola daging di Kedai Khas Makanan Sweden Ikea dan Restoran Ikea sementara menunggu keputusan ujian DNA.

"Kami menjangka keputusan ujian pada pertengahan minggu hadapan untuk memastikan tiada daging kuda di dalam bebola daging."

Laporan bahawa peket yang mengandungi bebola daging beku itu telah ditarik balik dari Slovakia, Czech Republic, Hungary, Britain, Portugal, Italy, the Netherlands, Belgium, Spain, Cyprus, Greece and Ireland.
Skandal daging kuda ini telah menjejaskan banyak syarikat pemakanan termasuk Nestle.

Skandal ini telah menyebabkan penjualan makanan yang mengandungi daging lembu turun sebanyak 45 peratus di Perancis.

*petikan : http://www.astroawani.com/ 

Selamattt.... kalau tidak lepas makan bebola nie mesti jadi Opa Ganam Style, terlompat-lompat.

p/s: Tak berkesempatan nak makan bebola daging tersedap di dunia nie lagi. Asal nak beli ja mesti orang berbaris panjang sangat. 

2 comments:

  1. salam rizam...memang kene beratur panjang..sabor jer la.
    saya dah upload gambar2 masa makan kat ikea ni dalam blog saya...nanti senang2 tu jenguk la yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...Tq lawat blog saya. Dah lawat blog tuan...syurga makanan gak kat Johor.

      Delete