Friday, February 8, 2013

Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ~ Ala-ala New Zealand

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Petang ]

Perjalanan sambung balik. Kali ni ke Poring Hot Spring di Ranau pula. Perjalanan ambil masa lebih kurang satu jam. Sampai sana kena isi perut dulu, makan tengahari. Singgah ke gerai makan tepi jalan depan pintu masuk. Cakap loghat utara apa lagi harga pun naik kapal terbang la ( tak pasti pulak kot-kot tuu harga standard dia ).

Lepas makan terus ke pintu masuk Poring Hot Spring tapi masa hujan renyai-renyai jadi keputusan diambil untuk membatalkan lawatan. Maklumlah bawa bebudak kecil. Jadi perjalanan diteruskan ke New Zealand. Uihhh hebat tu naik van ja. Dalam perjalanan ( macam lagu 10 budak hitam ) singgah ke gerai buah. Balun durian. La nie kat Sabah musim durian. Boleh tahan sedap ( nie bukan durian original Sabah, durian dalit atau durian bukit~ nanti aku tulis kat entry yang lain ).
Durian duluuu

Errrrr... bau durian. Naik van semula, ada dalam sejam dah sampai ke New Zealand. Kena ambil tiket dulu. Mudah ja pi New Zealand.
Ambil tiket

Nie lah ladang lembu milik Desa Cattle Dairy Farm. Terletak di Mesilau Highland, Kundasang. Dengan cuaca yang sejuk, ladang rumput yang luas dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu perghhhh... memang macam dok kat New Zealand ( sekadar nonton iklan susu ). Tapi malang sikit sebab Gunung Kinabalu telah menyembunyikan diri di balik awan ( selalunya gunung kinabalu nampak jelas waktu pagi ja, tak berkabus )
saja posing sikit
Sampai ke sebuah bangunan van berhenti, jadi bolehlah masuk ke dalam untuk melihat proses memerah susu lembu. Ada sebuah ruang dibelakang dikhaskan untuk menonton, berdinding kaca. Orang bukan main ramai. Jadi kalau nak tengok cara memerah kena menyelit ke depan.
Berebut lihat lembu kena perah susu.

Lembu-lembu yang akan di perah susunya di letakkan dalam kandang. Mereka nie macam tahu ja apa perlu buat. Macam suka ja.
Lembu dalam kandang tunggu diperah.
Berbaris nak masuk
 Setelah tempat memerah dibuka, beberape ekor lembu masuk kedalam dan di susun dalam dua barisan untuk diperah susunya sambil makan. Makanan disediakan untuk setiap lembu-lembu tu. Patutlah lembu-lembu tu macam seronok nak kena perah ja, rasuah.
Sambil perah, sambil makan.

Cukuplah tengok dua tiga ekor kena perah. Kami keluar dari bangunan dan berjalan keladang. Ada sebuah bangal yang menempatkan anak-anak lembu dan kambing. Disini kita boleh memberi makan haiwan-haiwan tu. Tak boleh bagi makan sesuka hati, cuma boleh beri makanan yang disediakan. Susu untuk lembu dan rumput untuk kambing. Boleh beli kat situ.
Ermmmm sedap

Muka Siti Sarah yang gabra.

Seronok bebudak memberi makan. Zaman sekarang mana ada benda-benda cam tu kat taman perumahan.
Posing dihadapan Desa Dairy Cattle.

Nak tahu mengenai ladang nie layari FB : http://www.facebook.com/desacattlefarm. Kat Desa Cattle Farm nie juga dijual susu segar dan berperisa dan juga cenderahati.

Kalau nak rasa seperti dok luar negeri boleh datang sini, dapatlah rasa ala-ala New Zealand sambil melihat Gunung Kinabalu. Kawasan nie juga terdapat resort, cari sendirilah. Tempat nie dibuka setiap hari dari jam 8 pagi - 5 petang. Harga tiket : Dewasa RM4.00; Kanak-kanak RM2.00.

Lokasi lebih kurang seperti kat google map kat bawah.


View Desa Cattle Dairy Farm in a larger map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...