Sabah - Hari 4 : Spa Ikan di Sg Moroli

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Pagi ]

Dah duduk resort depan Gunung Kinabalu tak kan nak tengok gunung tu ja. Aktiviti pertama ramai-ramai di Celyn Resort mestilah makan dulu. Cas tenaga.
Isi minyak dulu.
Macam biasa lepas cas, semua pakat naik van semula. Kali nie detinasi menarik, nak rasa spa ikan secara semula jadi. Bukan dalam takungan macam yang ada kat supermarket tuu.

Sampai ke suatu tempat van telah membelok ke Kg Luanti Baru, Ranau dan berhenti di sebuah kedai. Beli tiket. Selepas tu sambung semula perjalana masuk kedalam. Tak jauh pun. Nahhh sampai pintu masuk ke kawasan spa.
Tagal Sg Moroli, Kg Luanti Baru Ranau.
Kat pintu masuk ditulis 'Tagal' Sg Moroli. Tagal maksud 'Tidak Memancing" dalam bahasa Kadazan Dusun bertujuan untuk menjaga alam sekitar.


Orang yang datang ramai juga. Spa ini di tebing sungai Moroli. Nak masuk kena ambil giliran. Tak boleh sesuka hati dok lama-lama kat situ. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit sahaja, nak lebih bayar. Sebelum masuk kena baca pantang larang dulu.
Baca dulu peraturan.
 Kat tempat menunggu nie dijual makanan ikan, jadi beli.Sampai giliran kami, apa lagi buka kasut bagi ikan tu spa kaki. Aku tak boleh dok lama, geliiii. Ikan memamg banyak, ada besar dan kecil dan jinak. Pantang letak kaki dalam air mesti datang. Kesemua ikan kelah kecuali seekor ikan keli. Abang yang jaga tempat tu cakap ikan keli tu jinak. Tapi tengok mulut dengan misai dia menakutkan.


Makanan ikan tu bukan campak-campak ke air macam bagi makan ayam. Ambil makanan tu genggam dan letak dalam air, nanti ikan akan datang ramai-ramai kat tangan. Bolehlah rasa gigitan manja ikan-ikan tu.
Genggam makanan ikan dan letak dalam air.
Masa kami dok kat gigi air, Ahmad Firas berdiri ditebing sungai. Buat tak heran kat kami. Selalunya dia nak di dokong. Ishhh... tak tau pasai apa.
Firas bagi peluang abu ayah spa kaki.
Saja bagi gambar kecik sebab tangan tak berapa nak cecah air, geli.
sekali seumur hidup, spa tangan

 15 minit dah tamat. Semua kena keluar. Memang pengalaman yang best. Untuk masuk dikenakan bayaran tak mahal. Tiket untuk rakyat Malaysia ( kalau untuk penduduk tempatan harga lagi murah):

Harga tiket.

Spa kaki sahaja: Dewasa RM 5.00; Kanak-kanak (6-12 tahun) RM 2.00; Bawah 5 tahun percuma
Spa seluruh badan: Dewasa RM 10.00; Kanak-kanak (6-12tahun) RM 10.00; Bawah 5 tahun percuma. Macam mana rasa kalau spa satu badan ?  Tak dapat bayangkan. 

Ok cergas ke ladang teh pulak. Mai secawan.

Lokasi spa ikan Sg Moroli lihat kat bawah.


View Tagal Sungai Moroli in a larger map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment