Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation

[ 6hb Disember 2012, Khamis - Tengahari ]

Naik van semula, tak sempat nak panas pungkok dah sampai. Dalam 10 minit sahaja. Sampai ke Sabah Tea Plantation, Ranau. Dalam perjalanan dikiri kanan lereng bukit ditanam pokok tea. Suasana sejuk macam ke ladang Boh Sungai Palas, Cameron Highlands.


Sampai kesana boleh lihat-lihat ladang teh atau boleh juga ambil beberapa pakej lawatan yang disediakan. Pekej berbayar bukan free nooo.
Nonton video dulu

Kami ambil pekej 45 minit lawat dalam kilang. Mula-mula tengok video dulu. Ditunjukkan sejarah teh kat sabah nie. Lepas tu baru dibawa melawat dalam kilang. Tak boleh ambil gambar ~ entah apa rahsia dalam tu tak tau la.
Pintu masuk kilang. No Camera.

Pemandu pelancong nie ceritalah proses bagaimana pemilihan daun teh untuk dipetik sampai menjadi serbuk teh dan di bungkus dalam kilang tersebut. Diceritakan juga mesin-mesin yang digunakan untuk proses daun tu. Nak tau lebih lagi kena pi sana.

Habis masuk kilang dibawa kesatu bilik ditunjuk cara-cara mengenal teh ketegori teh dan mengenal teah asli dan tiruan. Teh tiruan pun ada. Diberitahu teh tak boleh direndam dalam air yang mendidih, cukup air panas yang 80C. Jika terlampau panas khasiat teh akan hilang. Nak kenal teh asli dan tiruan cuma letakkan teh ke atas air ( jangan kacau) dan biarkan. Jika daun teh lambat tenggelam itu menunjukkan teh tiruan ( tak sangka ada teh tiruan).

Habis sahaja sesi dalam kilang semua pelawat dibawa ke pinggir ladang. Sejuk mata memandang walau ladang sedikit semak.


Habis lawatan semua boleh ke kedai cenderahati dan dapatkan 50g teh percuma (termasuk dalam pekej). Bolehlah beli Teh Sabah.

Keseluruhan lawatan kat sini memang memberi banyak maklumat terutama untuk yang masih belajar.

Jika dibandingkan dengan Ladang Boh Sg Palas rasanya ladang Boh lebih menarik dari segi pemandangan sekeliling yang teratur, prasarana seperti cafe dan juga lawatan pun percuma.
Pakej lawatan yang disediakan.

Untuk pekej yang kami ambil, nie dia:
Lawatan Kilang (45 minit) dibuka dari 8 pagi - 12 tengahari. Aturcara: Tayangan video, lawatan dalam kilang, ujian warna, pengenalan kepada ladang dan diberi sehelai handout dan 50g teh. Harga RM 12 seorang ( tak pasti kanak-kanak dikira macam mana sebab bukan aku bayar).Pakej-pakej lain lihat gambar kat atas.

Malumat lanjut boleh layari http://www.sabahtea.net/. Lokasi dari Google Map:


View Larger Map

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment