Perjalanan diteruskan lagi dan sampai di Tuaran. Pemandangan di kiri kanan yang cantik. Cuaca yang elok. Van terus menyusur. Sekali lagi van berhenti kali ini disuatu lokasi yang dikiri kanan jalan ada kedai makan pula.
Gerai Sudi Mampir, Jalan Sulaman Tuaran. |
Semua macam ayam pulang petang berarak ke sebuah kedai, tertulis Gerai Sudi Mampir. Masa jalan dilihat kebanyakan gerai-gerai lain menghidangkan menu yang hampir sama iaitu kelapa bakar, jeli kelapa dan lokan bakar. Kenapa pilih Gerai Sudi Mampir rasanya femes kot ~ sebab kat internet ramai yang buat review makan kat situ. Ada juga berita dalam akhbar.
Lokan belum bakar. |
Kelapa bakar. |
Haaa... kali nie makan kelapa dengan siput pulak. Smentara menunggu lokan dibakar layan dulu air kelapa dengan jeli kelapa ~ tetiba saja cakap kelapa yang sebetulnya nyiok. Jeli kelapa dihidangkan samaada dalam cawan atau terus dari
Jeli kelapa. |
Menikmati dengan khusyuk |
Tak berapa lama datang setalam lokan bakar. Aku nie kalau siput tak berapa nak jalan. Tapi bolehlah cuba.
Lokan bakar setalam. |
Serbuuuuuu. Siti Sarah dan Muhd Ammar menikmati. Tak sangka depa suka. |
Lagi sekali pembasah tekak datang. Kali nie keapa bakar pula. Kalapa bakar di hidang terus dalam buah kelapa. Rasa kelapa bakar, aku nak sebut pun tak tahu tapi ada rasa seperti kacang goreng sikit. Ramai orang kata berkhasiat. Khasiat apa??? cari sendiri kat internet.
Kelapa bakar |
Nur Fatini pun pekena air kelapa. Mak dia jeling jaaa. |
Menu kat Garai Sudi Mampir |
Lokan diletak atas api. |
Kelapa dibakar dalam tong drum |
Kulit luar di buang supaya bersih. Tokey kedai. |
Dah siap sedia untuk dihidang. |
Menu kat Gerai Sudi Mampir |
Posing ramai-ramai kat gerai |
Dok search kat internet mengenai gerai nie, ramai yang dah buat review. Jadi memang femeslah. Kat bawah keratan maklumat yang aku dapat dari internet.
Dari http://www.newsabahtimes.com.my/ |
Cukup rasa-rasa saja, bukan nak makan sampai kenyang. Naik van semula ada lagi tempat nak dilawati sebelum sampai ke KK.
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]
1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah
Kunjung balas dan follow blog awak...
ReplyDeletetq
ReplyDelete