Cameron Highland

Hari ini selapas menghadiri kenduri di K.L. kami sekeluarga ke Cameron Highland. Sebelum ke Cameron Highland nie, berbagai destinasi yang berada dalam perbincangan untuk bercuti, Melaka, Bukit Merah dan Cemeron Highland dan macam-macam lagi lah. Yang bestnya Cameron highland nie duduk ditangga terbawah disebabkan berita yang dibawa oleh Karam Singh Walia mengenai pencemaran air sungai. Pi mai pi mai dipilih gak tempat tuu, nak buat cam mana disitu la lebih sejuk dan dia berada dalam perjalanan aku balik ke Pulau Pinang dari K.L..

Sebelum ke sana aku booking hotel terlebih dahulu takut sampai sana tak ada hotel, jadi jalan-jalan cari hotel jaa. Aku booking hotel Sri Juliana di Berinchang. Masa aku baru kawin, kami lepak kat sini...kira mengimbau masa lalu. Hotel nie Orang Melayu punya.

Dalam perjalanan ke Cameron, kami guna jalan lama dari Tapah, berliku macam dulu-dulu aku datang, ada orang asli berniaga ditepi jalan, dijual madu, akar2 kayu, pokok bunga. Masa ni aku datang ada pembaharuan, isteri aku muntah 2 - 3 kali, pening, jalan bengkang bengkok.

Sebelum sampai ke hotel kami singgah ke Ladang Strawberry dekat Tanah Rata, malas dah nak patah balik kalau sampai ke Berinchang, apa ntah nama tempatnya aku pun tak perasan, anak-beranak makan strawberry bersama krim dan chocklat. Sedap sehingga menjilat jari

Sampai saja aku ke Berinchang terus saja ke hotel, sampai depan hotel....aikkk dah tukar nama jadi Hotel Wira Awan. Tanya kat kaunter, di beri tahu Hotel Sri Juliana dah pindah ke tempat lain. Masa datang hari tu aku booking tak tengok alamat terbaru, kira dok ingat lokasi seperti masa datang 6 ke 7 tahun dulu tuu.

Peghhhhhh lokasi baru Hotel Sri Juliana dok atas bukit, tinggiiii, ada jalan sempit ke atas bukit tuu. Aku siap tanya staf Hotel Sri Juliana, ada lampu dak kalau waktu malam sebab jalan ke hotel nie menyeramkan dan sempit. Sebelum nie aku harap dapat hotel kat bawah (bukan atas bukit) senang kami nak ke pasar malam, jalan kaki saja, tapi tak pa lah dah booking.

Kami kena parking dan register di kaunter kat atas dan di bawa kami kebawah untuk ke bilik (tak boleh parking didepan hotel). Konsep hotel nie aku pun tak tau, tapi dia macam sebuah rumah panjang (macam kat sarawak pulak), ada banyak bilik, ada satu ruang tamu dimana diletakkan sofa dan TV dan ada sebuah ruang atau bilik untuk sembahyang berjemaah (sejadah disediakan), luas, kalau buat famili day sangat sesuai. Dalam bilik, macam biasa disediakan katil ( dah tentu takkan khemah pulak), bilik air ada water heater tapi bising sikit dan tak ada air cond (sejuk dah...). TV tidak disediakan jadi kalau nak menonton TV kena ke ruang tamu, bahagian nie yang tak best, sebab kena kongsi dengan tetamu lain, tapi OK la kalau nak datang Cameron Highland nak nonton TV balik rumah la. Kita datang nak menikmati suasana sejuk dan kehijauan. Satu lagi yang best hotel ini ada seperti kakilima yang mengadap ke pekan Berinchang, kakilima ini luas dan sepanjang rumah panjang nie, boleh buat barbique dan tempat lepak-lepak.

Selepas berehat seketika kami drive kebawah, mencari sesuap nasi, lapar laaa. Ada sebuah kedai Malayu/Islam yang menjual nasi, Nik Ikan Bakar Dan Tom Yam. Kedai nie masak sedap dan yang penting banyak sayur dalam masakannya baru la bersesuiaan dengan tempat pengeluaran sayur. Dulu aku datang Cameron highland ada kedai ( bukan kedai aku makan ni, kedai lain) yang hanya letakkkan sayur campur ( karet,jagung, kacang pies dan lain-lain yang dalam peket jaaa) punya lah susah peniaga nak guna sayur dalam masakan.
Selepas menjamu selera kami ke Pasar malam Berinchang, dah ditukar ke hadapan Balai polis Berinchang. Seingat Aku dah tiga tempat ditukar, ini tempat terbaru. Macam biasa la pasar malam Berincang, benda wajib.....makanan berasaskan strawberry ( jem, gula-gula, biskut, strawberry chocklet dan macam2 lagi la), sayur2 dan lain-lain macam pasar malam kat bawah la dan satu lagi banyak peniaga jual survinir cameron highland kira dia punya gerai macam nak sambut hari Christmas saja, warna merah/pink mengambil tema warna strawberry. Ramai juga peniaga Melayu menjual makanan seperti nasi lemak, apom balik. Dibelinya Jem Strawberry Eka, sebab dibuat oleh pengusaha bumiputra insyallah halal.


Keesokannya kami check-out, dan bersarapan di Food Court Berinchang, harga boleh tahan la. dan perjalanan diteruskan ke Sungai Palas, untuk ladang teh Boh. rasanya 2 kali aku pi sana tapi tak ada rezeki, asal datang saja kilang dah tutup. Masa aku pi kali ini, kereta biasa lah banyak, sebab musim cuti sekolah. Pandu kena berhati-hati, jalan sempit dan bengkang-bengkpok( bila pihak BOH Plantation nak buat jalan besar sikit? malumlah ia menjadi tarikan pelancong, ini mesti nak tunggu budget dari kerajaan). Walau jalan sempit tetapi pemandangan dikiri kana jalan sangat menarik dengan kehijauan pokok teh. Masa ini ketika sampai diselekoh, aku nak memeri hon tetiba tak berbunyi, baru aku perasan selepas kereta dibaiki oleh PERODUA akibat eksiden hari tu, aku tak periksa hon, aku periksa lampu ja. Apa boleh buat, aku jalan perlahan-lahan ja, dah tengah ladang dah pon bukan boleh patah balik.

Disamping melawat kilang teh dan kedai menjual teh, tarikan terbaru Boh Platation ialah cafe yang yang cantik mengadap ladang teh. Cafe ini menyediakan minuman teh yang berbagai rasa disamping kek, pai dan lain-lain makanan ringan. Harga boleh tahan la. Kalau nak murah beli uncang teh minta air panas, kacau sendiri.

Selesai melawat ladang Boh kami ke Kea Farm, beli serba sedikit sayur dan yang penting kat sini aku dapat beli sayur goreng, kim Can dan kulat. Kat tempat lain di Cameron kebanyakan bangsa lain yang jual, kalau ada pun di Pasar Malam Berinchang, tetapi cara goreng dia aku tak suka, tak seperti bangsa lain buat, warna kuning cantik.

Selepas selesai membeli sayur kami bertolak balik menggunakan jalan bari ke Simpang Pulai, adalah singgah sekali ke Restoran Teh Bharat, teh Valley untuk ke tandas.

No comments:

Post a Comment