Siti Sarah : Perbetul Tangan

Bersambung dari entry aku yang lepas mengenai . Lengan kanan Sarah masih sakit akibat jatuh di transit pada hari Jumaat lepas ~ kat sini. Sabtu baru nie dia kata sakit dah berkurangan tetapi bagun pagi Ahad kelmarin dia kata pula semakin sakit. Jadi pagi Ahad kami pi ke rumah mak cik urut. Mak kepada pengasuhnya dulu.
Muka serius
Semasa nak bawa untuk berurut tak bagi tahu lagi, takut dia banyak soal dan teriak. Dah sampai baru tahu. Keluar ayaq mata la, takut. Tapi lepas mak cik tu urut, Ok balik boleh senyum. Dia kata sakit berkurangan.

Sebelum balik mak cik tu pesan kena pantang sikit, tak boleh makan kacang dengan kubis sebab angin. Hari ini dia masih kata sakit tapi dah banyak kurang. Oklah boleh pi sekolah. Harap tak menganggu pelajaran sebab kena menulis guna tangan kanan.

No comments:

Post a Comment