Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli

[ 5hb Disember 2012, Rabu - Petang ]

Hampir tengahari sampai ke tanah besar. Acar diteruskan dengan menaiki van ke kilang roti dan menjamu selera kat situ. Mabeles punya kari.
Lawatan ke kilang roti
Perut pun dah kenyang perjalanan diteruskan ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Sebuah rumah bukan terbalik disebabkan ribut, taufan atau gempa bumi tapi sengaja dibina berbentuk terbalik. Rumah yang di bina berkonsepkan rumah moden, tak ada ciri-ciri etnik yang ada kat Sabah pun. Ia merupakan satu-satunya rumah terbalik kat Malaysia setakat ini.

Setelah beli tiket bolehlah masuk bergambar kat kawasan sekitar. Ada dibuat beberapa platform untuk bergambar.
Rumah Terbalik
Untuk masuk kedalam rumah pula tak boleh buat edisi terjah, kena tunggu giliran. Tak boleh masuk ramai-ramai sebab rumah tak stabil ( aku buat nasi tambah). Untuk naik ke atas ada satu jejambat dan akan ada seorang pemudahcara yang akan menceritakan serba sedikit mengenai rumah ini. Pantang larang utama dalam rumah ialah tak boleh ambil gambar. Kalau ambil juga akan didenda dan gambar di padam ( kalau guna filem cam mana aaa?). Masuk kedalam kita seolah-olah berjalan atas bumbung.

Kereta Terbalik
Dalam rumah ini ada 2 benda yang tak terbalik iaitu penghawa dingin dan kamera CCTV ( kalau terbalik pak guard pun kena terbalik juga ). Rumah Terbalik nie seperti rumah biasa yang mempunyai ruang tamu, bilik air, dapur, beranda dan alatan dalam rumah semua di letakkan terbalik seperti mesin jahit, meja, kerusi, tandas, gambar dan macam-macam lagi. Ada satu bucket KFC atas meja pun terbalik juga. Jadi kalau nak lihat kena langut ke atas.

Pekerja yang guide kami cerita serba sedikit mengenai rumah ini. Diberitahu cerita dongeng atau saja-saja buat cerita tak tau lah. Di katakan ada sebuah keluarga yang mempunyai anak yang nakal menyebabkan rumah ini terbalik jadilah cerita Lagenda Budak Nakal.

Rasa aku, kami dok dalam rumah tu lebih kurang 5 minit sahaja. Keseluruhan, pandangan peribadi aku setelah melawat rumah terbalik ini ialah tak berapa berbaloi dengan harga tiket sebab apa yang dilihat dalam rumah terlampau ringkas. Jika boleh rumah itu biar mempunyai unsur-unsur etnik Sabah.
Rumah Terbalik dalam pembinaan. Foto dari http://blogberitabenar.blogspot.com/

Masa keluar dari Rumah Terbalik nie terfikir gak, macam mana kalau buat appartment 25 tingkat terbalik dengan ada kolam renang sekali. Mesti meriah.

Harga tiket rakyat malaysia:
Dewasa RM10.00 dan Kanak-kanak RM5.00
Waktu lawatan 8 pagi hingga 10 malam

Lokasi dari google map, sebelah stesen minyak Shell Telibong.
[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment