Friday, January 4, 2013

Sabah - Hari 1 : Muzium Sabah dan Heritage Village KK

[ 3hb Disember 2012, Isnin - Tengahari ]

Dah selesai lawat Zoo Lok Kawi. Perut pun dah minta diisi. Jadi kesebuah restoran kat KK. Restoran Sembilan Ria. Pakat semua pekena tak silap aku Nasi Ayam Penyet. Ada yang dapat nasi mentah jadi ditukar ke nasi goreng ayam penyet.

Tak sabar nak makan
Selesai makan perjalanan disekitar Kota kinabalu diteruskan. Kali ini ke Muzium Sabah. Teringat zaman kecik-kecik dulu, kalau pi KL tak sah kalau tak ke muzium dan Tugu Negara.

Muzium Sabah

Sampai sini, kami ronda kat luar muzium dulu sebab ada kereta dan motor antik.

Selepas tu kami pi tengok Heritage Village / Kampung Warisan yang menempatkan rumah-rumah kaum di Sabah. Kita boleh lawat percuma sahaja. Lokasi bersebelahan komplek muzium. Nak ke situ boleh guna jalan darat atau guna titi gantung.
titi gantung. Ingat 10 orang saja sekali masuk.

Pemandangan rumah-rumah nie memang menarik ditambah pula bersebelahan dengan tasik.
Heritage Village
Rumah Cina.

Seperti Lok Kawi Wildlife, penyelengaraan kawasan ini pun ketika ini sedang berjalan. Ada tempat-tempat yang tak boleh di lawati akibat pembaikan. Tapi OKlah kot sebab percuma ja.

Setelah berjalan disekitar, berhenti sekejap dipintu masuk muzium, ambil nafas.

Nak masuk....tak masuk...nak masuk....tak masuk muzium. Masing-masing letih berjalan dan juga tak berminat. Kanak-kanak masih bertenaga dan masih nak mencari ilmu. Jadi sesiapa yang berminat boleh masuk termasuk aku. Gambar tak boleh ambil.

Kat dalam di ditunjukkan sejarah pemerintahan, cara hidup, batu batan, senjata, alatan pertanian, pertukangan yang ada kat Sabah dan macam-macam lagi. Nak tau kena lawat Muzium Sabah.

Posing kejap

Kat luar muzium disediakan kedai cenderamata, bolehlah berbelanja.

Tiket cuma dikenakan jika nak masuk dalam komplek muzium. Harga RM 2.00. Orang tua, pelajar dengan uniform percuma.
Waktu operasi : 9 pagi - 5 petang

Lawam web : http://museum.sabah.gov.my/.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...