Friday, January 11, 2013

2057 ???

2057 nombor apa tu?  Nombor palat kereta... bukan, nombor ekor.... nauzubillah minta simpang, nombor tiang elektrik... pun bukan, nombor staf... lagilah bukan, tahun akan berlaku kiamat selepas kalender puak Maya... jangan percaya benda tahyul, nombor sambungan PM... ada dia nak bagi. Haaaa tuuu lah tahun yang berkemungkinan anak-anak aku akan pi haji setelah daftar minggu lepas.
Pendaftaran haji.

Alang-alang bercuti pada  3 Januari 2013 bersempena hantar depa ke sekolah, isteri aku daftar haji keempat-empat anak kami kat Tabung Haji Kepala Batas. Dapatlah tahun 2057. Tuuu... dia lama lagi. Kira 2057 tolak 2013 dapat 44. 44 tahun lagi baru dapat pi. Umur anak kami yang sulung Siti Sarah la nie 10 tahun, jika ikutkan tahun pi haji umur dia 54 baru dapat pi sana.

Jadi yang rasa nak pi haji nie cepat-cepat daftar. Cukupkan duit RM 1300.00 dalam buku dan daftar lepas tu baru pikir nak tambah macam mana. Jangan tunggu lama-lama. Nak kena Q panjang nie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...