Tanah Runtuh : Apa Pengajarannya ?

Saja aku tempek senarai kejadian tanah runtuh yang telah berlaku dari tahun 1993. Dimulai dengan kejadian Highland Tower.


Maklumat diatas dari : http://www.mbsa.gov.my
Yang terkini berlaku di Puncak Setiawangsa dimana tembok konkrit setinggi 100 meter telah runtuh dan meranapkan tembok pagar serta sebahagian dapur sebuah banglo mewah di puncak bukit perumahan eksklusif itu.

Sehubungan itu, arahan supaya meninggalkan kawasan berisiko tersebut dikeluarkan kepada 88 penghuni kediaman dan 18 penghuni rumah kedai di kawasan berkenaan yang terdedah dengan bahaya setelah polis mendapat pengesahan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) tentang pergerakan tanah yang masih berlaku.

Langkah berpindah juga melibatkan 30 pemilik banglo mewah di sekitar Jalan Puncak Setiawangsa termasuk dua buah kediaman milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique serta bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Tanah runtuh Puncak Setiawangsa. foto : http://www.malaysiandigest.com/
Dari deretan peristiwa tanah runtuh itu apa pengajaran yang boleh dipelajari? tentulah setiap kejadian meruntun berbagai pihak mengkaji kenapa ianya berlaku dan memberi pandangan dan saranan. Dari menteri, wakil rakyat, jabatan-jabatan kerajaan, universiti, NGO, profesor, Ir, jurutera dan sebagainya. Berbagai kajian dibentangkan dan dirumus supaya kejadian sedemikian tidak berulang.

Walau telah diketahui sebabnya tetapi pembangunan di tanah tinggi terus juga berlaku, kenapa? Adakah kajian dan saranan hanya sekadar untuk dipaparkan dalam media tanpa tindakan. Adakah pihak yang berwajib mempunyai undang-undang dan kuasa perlaksanaan? Undang-undang dan kuasa perlaksanaan berlainan. Kalau ada undang-undang tetapi kuasa perlaksanaan tak ada, buang masa ja. Ini perlu difikirkan.

Jika pisang berbuah berkali-kali OK banyak hasilnya, tetapi jika bencana yang boleh di elakkan perlulah dicari jalan penyelesaiannya secepat mungkin. Tak perlulah setiap kali berlaku bencana maka ayat-ayat dan skrip yang sama dikeluarkan sekadar memenuhkan berita tanpa tindakan susulan.

p/s: Selamat tahun baru 2013, moga bencana yang diketahui puncanya dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment