Masuk kekedai ada seorang pembantu kedai bertugas, minta dia check mata Ammar. Digunanya mesin dan dapatlah data. Dibanding dengan data yang lepas tak banyak beza, cuma ada sedikit peningkatan. Perbezaan yang sedikit tu tak mungkin dia akan terasa kelabu. Lagi pun spek yang dipakainya sekarang baru dibuat 5 bulan lepas (spek yang kedua).
Dari bilik belakang keluar seorang lelaki rasanya dia pakar mata kot. Spek yang pertama buat dengan tokey kedai dan yang kedua dengan doktor perempuan. Kali nie doktor lain pula. Sembang serba sedikit lalu dibuat pemeriksaan sekali lagi secara manual. Lama jugalah diperiksanya. Lalu keluar Ammar dengan spek Harry Potter. Dicuba test kanta yang diberi, katanya lebih jelas.
Doktor lelaki tadi ( tak tau pula apa namanya ) beritahu sebelah mata Ammar ada penyakit Lazy Eye atau Mata Malas. Apa kebenda tu ?? Diberitahu mata malas nie adalah mata yang kurang bekerja dimana dia tak mahu fokus. Lazy Eye ini hanya terjadi untuk sebelah sahaja. Oleh itu mata sebelah lagi terpaksa bekerja lebih.
Spek mata di letakkan patch. |
Penyakit ini boleh dirawat dan lebih baik dimula sebelum umur 6 tahun. Ketika itu manalah kami tahu. Lagi pun ketika dibuat spek yang pertama lebih kurang 2 tahun yang lalu (klik sini), doktor pun tak dapat kesan. Ketika ini Ammar dah 8 tahun. Walau dah terlewat sedikit usaha kena buat juga untuk merangsang mata itu bekerja.
Saranan doktor ialah memakai eye patch atau penutup mata yang dipasang pada sebelah mata yang OK. Jadi kali ini tukar kaca baru sebab ada peningkatan power, bingkai guna yang lama.
Patch nie pakai waktu dirumah. Ammar macam OK ja seronok nak pakai benda tu. Biar mata yang malas bekerja pula. Nak suruh pakai setiap masa, rasanya tak boleh sebab susah nak belajar kat sekolah lagi pun mesti kena perli dengan kawan-kawan. In sya Allah dengan usaha yang dilakukan, semoga mata Muhammad Ammar tak malas lagi dan power pun berkurangan.
Maklumat mengenai Mata Malas yang sempat aku cari dari internet:
1) http://drhalizamutalib.blogspot.com/
2) http://hsnzkt.gov.my/
3) http://pakarmata.com/malay_amblyopia.html
4) http://www.utusan.com.my/
p/s: walau mata malas tapi belajar jangan malas.
Salam....nak tanya kat mana beli eye patch tu.Anak saya pun mengalami masalah yang sama
ReplyDeletew'salam... patch nie boleh beli kat kedai spek mata. Saya beli kat Matahari Optometris kat Kiosk Bertam, Kepala Batas.
DeleteAs salam...
ReplyDeleteboleh saya tahu....apa perkembangan Lazy Eye anak harrizam ye...? anak saya 7 tahun baru di kenal pasti mengalami lazy eye ni....mcm mana nak ctc u ye...TQ
Wsalam.. anak saya pakai on/off, dok kat rumah saja pakai, kat sekolah kadang-kadang jadi kesan pun tak berapa sangat. Tiga ke empat bulan pakai bila pi check ada perubahan sikit. Power cermin mata pun dah berubah dari sebelumnya. Ctc: harrizam@yahoo.com
DeleteAs salam...
ReplyDeleteboleh saya tahu....apa perkembangan Lazy Eye anak harrizam ye...? anak saya 7 tahun baru di kenal pasti mengalami lazy eye ni....mcm mana nak ctc u ye...TQ