Hari Jumaat lepas yang entah berapa kali lepas dan entah apa kebenda terpergi ke bandar. Dalam dok tunggu lampu trafik hijau, lintas kereta sorong nie.
|
mencari rezeki |
Setelah habis urusan dan solat Jumaat kat sebuah masjid kat situ, lalu ke Pasar Chowrasta. Bukan pasar tuu pun, tapi lorong sebelah pasar tu, Lebuh Tamil.
Lorong nie macam-macam nak makan ada. Samosa, masalodeh, yong tau fu, mee mamak, cucur udang dan ada sebuah gerai yang juai air yang mungkin tak dapat dimana-mana lagi. Nie dia gerainya, Ais Tingkap atau Window Sherbet.
|
Ais Tingkap atau Window Sherbet |
Yang spesial kat gerai nie ialah air sarbat atau sherbet. Rasa lain dari yang lain. Campuran berbagai benda seperti biji selasih, air herba wangi, kelapa muda, getah anggur dan entah apa-apa lagi lah.
Warna sama macam air sirap tapi rasa lain, nak cerita pun tak tau. Kena rasa sendiri. Orang tak putus-putus datang dan kebanyakan oder air sarbat. Selain sarbat ABC pun ada juga.
|
Air sarbat atau sherbet. Cuaca panas cam nie memang terbaik. |
Gerai ini beroperasi lebih 80 tahun dahulu dan diwarisi beberapa generasi. Mulanya air sarbat ini diusahakan oleh Abdul Azeez di Sri Lanka dan beliau telah menutupnya dan berpindah ke Pulau Pinang.
|
Mamak sedang beraksi dengan berbagai ramuan menyediakan air sarbat |
Air sarbat ini asalnya campuran dari 25 jenis harba untuk membuat air harba wangi tetapi setelah beberapa generai bertukar, hanya beberapa rempah sahaja dikekalkan. Ketika nie kelapa muda juga dimasukkan, dulu tak ada. Walau dah lama bertapak dan memang terkenal, gerai nie masih seperti dulu. Cool Blog pun dah ada banyak cawangan dah. Apa-apa pun inilah warna-warna Pulau Pinang.
Selain kedai sarbat, banyak lagi gerai makan yang bertenggek di tepi
bangunan di Lebuh Tamil nie. Berada disini seolah-olah masa terhenti dan
berada di tahun 80an.
Dok kat sini takkan nak minum ja, kat depan tu juga boleh oder mee goreng mamak, yong tau fu dan cucur udang. Sedang aku dok minum ada seorang ayah dengan dua orang anaknya duduk sebelah aku. Mula-mula tengok dia melayan anaknya makan. Lepas tu mula sembang. Dia nak jati Penang. Cakap pun sleng Penang. Yang menarik apa yang dibualkan ialah tentang kekecewaan bangsa Melayu yang kian terpinggir.
|
Walau dah bongkok tiga masih lagi menggoreng mencari rezeki. |
Dulunya ramai orang kaya Melayu mempunyai harta di tengah bandar kini telah tiada. Mungkin di jual dan juga tekanan-tekanan yang diterima dan juga pengambilan tanah-tanah untuk pembangunan. Kini ramai yang tinggal dipingir-pinggir dan juga di flat saja. Diceritalah beberapa tempat yang dulunya dimiliki Melayu kini dah tinggal sejarah. Kini untuk mengambilnya kembali, mungkin dah tak mampu dengan harga yang berlipat ganda. Tak boleh sembang lama-lama, aku pun beredar.
|
Samosa, masalode, wade, laddu panas-panas. |
Lokasi gerai-gerai kat sini betul-betul di lorong sebelah Pasar Chowrasta, Lebuh Tamil. Lihat Google Map kat bawah.
Kalau lalu depan Pasar Chowrasta, Jalan Penang nie pasti akan nampak satu rail tram atas jalan raya yang masih dikekalkan sebagai sisa kenangan pengangkutan kat Pulau Pinang suatu ketika dulu.
|
Rail tram |
nak laddu dan samosa kambing...
ReplyDeletekambing yang terasa kekambingannya
DeleteDimana bolih dpt rempah sarbat di kl,selangor
ReplyDeleteSesiapa tahu boleh komen sikit.
DeleteLazada Dan shoppe byk ada
Delete