Tadika Perlu Tingkatkan Keselamatan

Macam baisa hari Jumaat kalau balik dari Pulau Pinang ke tanah besar waktu petang mesti jem kat Jambatan. Tapi kali  nie jam dah basi, tak boleh makan dah. Kereta bersusun. Dari dok bersenang lenang atas jambatan sambil menukar gear dan tekan brek dan perabih minyak, baik berhenti ja. Jadi aku kona, berhentikan kereta. Tunggu jem OK kembali.

Dalam 30minit lihat kereta dah berjalan lancar semula ( kalau kereta dah boleh gerak walau perlahan kira OK lah). Talipon isteri aku nak makan apa-apa untuk malam sebab aku dok dekat kedai tomyam, nak beli bawa balik. Tapi isteri aku cakap tangan Siti Sarah sakit dan nak pi ke klinik. Aku tak beli apa-apa terus naik kereta, balik. Trafik kira boleh jalan lah kat atas jambatan walau perlahan. Tak sampai lagi tanah besat, isteri aku bagi tahu dah ambil ubat dan doktor kata tak ada patah. Dinasihatkan rehatkan tangan tu jangan dok gerak banyak-banyak.

Sampai rumah tanya Siti Sarah macam mana berlaku. Dia ceritalah terjatuh di tempat transit. Kena benda apa kat tangan kanannya. Aku tanya apa cikgu buat. Dia kata cikgu sapu minyak. Tanya lagi cikgu talifon ibu ayah ka? tak talifon. Hairan aku kenapa cikgu tak talifon aku atau ibunya. Semasa balik tengok tangan dia tak bengkak tetapi sakit untuk digerakkan.

Jadi dari peristiwa ini rasanya bolelah kerajaan kaji semula undang-undang penubuhan tadika, taska dan transit dimana berbagai aspek keselamatan di perkenalkan. Disini aku cadangkan tadika, taska dan transit yang mempunyai ramai pelajar untuk mempunyai:

1- Seorang paramedik atau guru yang mempunyai asas pertolongan kecemasan untuk memberi bantuan awal jika berlaku kecemasan.

2- Sebuah van atau kereta yang boleh digunakan untuk menghantar pelajar ke hospital / klinik.

3- Klinik penel dimana jika berlaku kecemasan pelajar dapat dihantar untuk mendapat bantuan perubatan secara percuma ketika dalam jagaan mereka. Klinik ini mestilah berdekatan dengan tadika, taska dan transit tersebut.

4- Insuran berkelompok kepada pelajar-pelajar.

5- Talifon tetap ( bukan handphone) dipremis tadika, taska dan transit untuk memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan guru-guru.

6- Sistem keselamatan kebakaran seperti fire extinguisher dan smoke detector. Kalau boleh ada water sprinkler sekali.

Ini ja yang aku terpikir. Kalau ada lagi aku tambah.

p/s: dok dengar pengusaha tadika, taska dan transit akan dapat bantuan RM180 untuk setiap pelajar bagi menampung baban operasi ketika dikuatkusakan gaji minimum RM 900.00. Entahlah.

No comments:

Post a Comment