Wednesday, January 2, 2013

Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park

[ 3hb Disember 2012, Isnin - Pagi ]

Kat Sabah nie masa awal lebih kurang sejam. Jika subuh kat Semenanjung jam 5.45 pagi kat sini jadi lebih kurang 4.45 pagi. Kalau jam 7 pagi dah terang benderang.

Hari ini agenda pertama, dalam jam 9 pagi turun hotel sarapan dulu. Perut mesti kenyang dulu baru boleh jalan. Menu sarapan kat Le Meridien nie boleh tahan banyak gak.
Spek kuning tak boleh tinggai
Selesai, semua cergas masuk van. Kami guna dua biji van. Destinasi pertama tempat yang mesti di kunjungi di Kota Kinabalu ialah Lok Kawi Wildlife Park. Maklumlah Sabah merupakan negeri yang masih banyak kawasan semulajadi yang menyimpan berbagai flora dan fauna alam yang berbagai.

Bertolak dari hotel ambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke Lok Kawi.
Pintu Gerbang Lok Kawi Wildlife Park

Harga tiket
Ambil tiket dan masuk kedalam. Mula-mula nak ambil tram tapi malang sekali dah rosak. Jadi guna mutumit ja lawat dalam zoo. Lama tak bersenam. Layan gambar-gambar dalam zoo nie.
Gajah buat demo cara mandi wajib
Ada yang sesat jalan sambil tengok peta.
Sesat kat dalam zoo
Kami bernasib baik sebab ketika kami sampai persembahan haiwan baru nak bermula. Dapatlah lihat persembahan burung dan ular.
Duduk atas kotak ular.
Pengacara perembahan memang best.

Kaka tua cerdik atau orang yang cerdik
Habis acara, perjalanan diteruskan, walau berpeluh.

Semasa melawat sekeliling ada beberapa bahagian yang tak boleh masuk seperti orang utan dan sangkar burung disebabkan dah uzur atau di perbaiki.

Kaki pun dah tak berapa nak kuat maklumlah kena dukung raja muda, Ahmad Firas. Berhenti minum dulu kat cafe. Sempat ambil nafas, hilang lenguh.
Yang dukung atau yang kena dukung letih ?
Keseluruhan lawatan kami kat sini tak berapa puas hati sebab banyak tempat yang dah uzur dan dalam pembaikan. Jika bolehlah, kalau nak membuat penambahbaikan sesuatu tempat tu sebolehnya dilakukan diluar musim cuti sekolah sebab pengunjung ketika ini ramai dan menaruh harapan dapat melihat haiwan-haiwan yang ada. Rasa Zoo Taiping lagi best.
Sementara tunggu van sampai, posing dengan tram tak boleh jalan. Buat props jadilah.
Harga tiket untuk warganegara Malaysia:
Dewasa : RM 10.00; Kanak-kanak : RM 5.00; OKU : Percuma

Waktu operasi: Setiap hari 9.30 pagi - 5.30 petang.

Laman web: http://www.lokkawiwildlifepark.com/ ( tak berinformasi sangat )

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...