Monday, January 14, 2013

Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan 1

[ 4hb Disember 2012, Selasa - Pagi ]

Dah masuk hari ke dua. Aktiviti pagi, simpan barang semua di stor hotel dan bersarapan dahulu, perut kena kenyang sebab nak snorkeling ( macam bagus ja ).


Dalam jam 10 pagi kami sampai di jeti, tak jauh pun. Orang dah ramai. Yang menariknya sebelum sampai ke pulau lagi air laut dekat jeti memang nampak jernih, nampak ikan-ikan dan karang kat situ. Kat Pulau Pinang tak jumpa macam nie dah.
Air jernih

Kebersihan dijaga, menyauk sampah.

Geng kami naik satu bot ke pulau Manukan. Perjalanan ambil masa 10 minit ja, lebih kurang dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai. Laju bot pun boleh tahan la.
Dalam perjalanan ke Pulau Manukan.
Sampai kat Pulau Manukan dari jeti dah nampak ikan dalam air, memang jernih. Orang yang snorkeling pun boleh tahan ramai.


Sampai  sana, selesaikan apa yang patut. Kami disambut dengan welcoming drink air halia. Buang angin sebelum masuk air ( jangan kentut dalam air) dan check-in di Manukan Island Resort.
Manukan Island Resort
 

Haaa... tak kan nak tidoq atau menikmati aircond resort, kalau nak tidoq balik rumah la. Sampai ke sini mesti cergas terjun laut tak kira waktu, walau tengahari remang. Sebab bukan senang nak terjun laut yang jernih cam tu. Alatan snorkeling bersama jeket keselamatan resort sediakan.
Langit biru

Sebelum sampai pulau jangan lupa bawa roti putih untuk ikan. Bukan ikan-ikan tu pesan pun, buat umpan bagi dia datang. Semasa berenang tu genggam roti ke air, banyak akan makan kat tangan ( sebenarnya aktiviti nie tak boleh dilakukan kerana menyalahi eko sistem habitat ). Boleh rasalah dia makan kat tangan kita. Snorkeling kat pulau nie bukan boleh sesuka hati,  hanya boleh di lakukan dikawsan yang ditetapkan ja.

Aku bukan tahu sangat snorkeling nie. Dok dalam air, kaki tak mau naik. Jadi berjalan dalam air, kira berenang gaya bebas la tu. Dan untuk perenang gaya bebas dan tak baca papan tanda, nahhhh tujuh lapan jarum dari landak laut. Ambik kauu.
Yang hitam tu duri landak laut. Amik kauuu..
Jalan pun senget sebelah. Nasib baik ada lifeguard kat situ. Dia buat relek ja. Dia kata aku kena landak laut.
Terima kasih lifeguard.
Kat pantai tu banyak landak laut dan ramai yang dah kena. Jadi untuk selamat kena apungkan diri. Dia bawak keluar bekas spray lalu dispray kaki aku. Dia spray cuka ja. Dia kata duri landak laut sukar nak keluarkan sebab mudah patah. Duri tu tak bahaya tapi kaki akan terasa sakit,  jadi sabar ja la. Lama-lama akan keluar sendiri, adalah dalam 2 minggu. Sekarang masa aku tulis ni pun masih terasa.

Lepas kena cucuk tu pelan-pelan dan secara automatik pandai apungkan diri. Sambung mandi sampai ke lewat tengahari. Jangan bazir masa.

Lepas makan, petang giliran isteri aku mandi pula. Aku jaga Ahmad firas dan nur fatini, tukar shift. Siti Sarah dan Muhd Ammar dah tak sedar diri mandi, rehat untuk makan ja. Gambar tak diambil sebab tak dak masa nak ambil gambar, yang penting mandi laut.

Adalah dalam jam 5 petang sesiapa yang datang tak menginap di pulau akan balik ke tanah besar semula. Lepas tu pulau nie jadi milik kami, hahahahaaa kami berkuasa. Mandi sampai kecut.

Malam kat Pulau manukan nie memang sunyi dan sepi. Aktiviti malam sebelum angkat selimut, makan dan sembang-sembang dulu kat Restoran Perahu.
Restoran Perahu
Yang nie aku tak pasti nama dia.
Nasi goreng kampung
Ikan asam pedas dengan nasi putih.
Ko Loh Mee
Eerrrrrrrr.... Alhamduluillah kenyang. Selamat malam, assalamualikum jumpa lagi hari kedua di Pulau Manukan entry akan datang.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan ke Sabah pada 2 - 9hb Disember 2012: ]

1: Sabah : Perjalanan Pergi
2: Sabah - Hari 1 : Lok Kawi Wildlife Park
3: Sabah - Hari 1 : Muzium dan Heritage Village KK
4: Sabah - Hari 1 : Ocean Seafood Village KK
5: Sabah - Hari 1 : Pasar Malam Sinsuran
6: Sabah - Hari 2 : View Dari Tingkat 7
7: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 1
8: Sabah - Hari 2 : Pulau Manukan ~ Bhg 2
9: Sabah - Hari 3 : Rumah Terbalik Tamparuli
10: Sabah - Hari 3 : Jambatan Tamparuli
11: Sabah - Hari 3 : Pekan Nabalu
12: Sabah - Hari 3 dan 4 : Celyn Resort Ranau
13: Sabah - Hari 4 : SPA Ikan di Sg Moroli
14: Sabah - Hari 4 : Sabah Tea Plantation
15: Sabah - Hari 4 : Desa Cattle Dairy Farm ala New Zealand
16: Sabah - Hari 4 : Kinabalu Park
17: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 1
18: Sabah - Hari 5 : Perjalanan dari Ranau ke Tuaran ~ Bhg 2
19: Sabah - Hari 5 : Taman Buaya Tuaran
20: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan KK
21: Sabah - Hari 6 : Pasar Besar KK
22: Sabah - Hari 6 : Pasar lagi
23: Sabah - Hari 6 : Pasar Buah-Buahan dan Pasar Kraftangan KK
24: Sabah - Hari 6 : Pasar Ikan Masin KK ~ Selamat Tinggal Sabah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...