Monday, April 23, 2012

Nasi Lemak Cinta Sayang, Lagenda Heights

Makan-makan lagi, kali  nie Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di Lagenda Heights. Kami ke Resatoran nie hujung tahun lepas. Baru sekarang terasa nak tulis.
Nasi Lemak Cinta Sayang
Restoran nie teletak bersebelahan dengan Nasmir Nasi Kandar. Dibuka untuk makan pagi dan tengahari. Malam tak tau la pula. Ia merupakan cawangan kepada Nasi Lemak Cinta Sayang yang berada di berhampiran Cinta Sayang Golf Resort, kira macam HQ la tu. Kami selalu pi yang kat HQ ja. Tapi kali nie saja ubah selera.

Kami sampai dalam jam 9 setengah pagi, hujan rintik-rintik. Dari luar dah nampak menarik. Masuk dalam, suasana yang selesa dan bersih.

Lauk-lauknya untuk makan pagi biasalah  untuk nasi lemak seperti bermacam sambal seperti sambal sotong, bilis, telur, ayam.

Malah untuk lauk yang biasa makan tengahari pun dah siap seperti masak lemak dan gulai ikan.

Jika dibanding dengan HQ rasa aku bilangan jenis-jenis masakan untuk makan pagi kat sini tak banyak pilihan. Rasa pun kira OK ja, mungkin perasaan ja kot, sebab dok banding dengan HQ.

Aku tulis berdasarkan masa aku pi kesana. La nie aku tak pasti. Lokasinya berhampiran Nasmir Nasi Kandar di Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights Sungai Petani.


View Nasi Lemak Cinta Sayang Lagenda Heights in a larger map

2 comments:

  1. Bro.. yg dekat HQ tu ada buka lagi tak skrg? ada org cakap, cawangan lama dia lebih sedap bbanding skrg.

    ReplyDelete
  2. TQ lawat blog nie. Yang kat HQ buka lagi cuma pindah ke rumah corner lot dekat situ ja. Sedap tuuu rasanya kat HQ best lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...