Dalam sembang-sembang atau baca suratkhabar, pastinya ayat-ayat ringkas sering digunakan. Ringkasan-ringkasan ini selalunya dalam bentuk gabungan huruf-huruf yang tidak berbunyi ( disebut satu persatu huruf-huruf tersebut ) seperti NKRA, SKBP, MSC, LRT dan KPI atau juga gabungan huruf-huruf yang berbunyi atau menjadi perkataan seperti MOSTI, MAS, PETRONAS dan PROTON.
Dalam berita ditulis "Kabinet memutuskan enam NKRA iaitu ....". Terfikirkah kita apa itu NKRA? Cuba cari singkatan dalam Bahasa Malaysia (BM) untuk setiap huruf tersebut. Anda mungkin akan berakhir dengan kekeciwaan. NKRA merupakan singkatan dalam Bahasa Inggeris (BI) bermaksud "National Key Results Areas" atau dalam BM "Bidang Keberhasilan Utama Negara". Jika ditukar singkatan itu dalam BM akan jadi BKUN atau BAKUN. Walau diguna dalam artikel BM ia akan ditulis " Kabinet memutuskan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ).... ".
Contoh yang lain petikan dari Utusan Online 18/2/2012 " IPOH 18 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng merupakan pembuka tirai kepada fasa terakhir program pembangunan luar bandar. " Kenapa tak diguna sahaja singkatan dalam BM??. Penggunaan singkatan seperti ini sungguh mengelirukan. Kan lebih baik guna sahaja singkatan dalam Bahasa Malaysia.
Menidakkan penggunaan singkatan BM berkemungkinan singkatan itu merupakan piawaian antarabangsa yang digunakan seluruh dunia. Jika di tulis sahaja singkatan itu semua orang akan tahu seperti KPI ( Key Performance indicator ).
Tetapi penggunaan menyeluruh singkatan BI oleh keatas sektor-sektor awam, berkanun dan GLC dan juga program-program tempatan yang dianjurkan bagi pendapat aku tak berapa sesuai. Ia menjatuhkan BM sebagai bahasa rasmi negara. Mungkin dalam BM bunyi tak berapa sedap, tapi demi untuk meningkatkan taraf BM perkara ini perlu dihadapi. Contoh program yang dianjurkan secara tempatan seperti NKRA dan GTP boleh kiranya di tukar ke BM. Sektor-sektor kerajaan seperti MOSTI, FELDA dan MARDI pun boleh juga ditukar.
Nama-nama lama seperti MAS, RISDA dan FELDA mungkin boleh diterima disebabkan ketika itu negara kita masih lagi ada bau-bau bacang kolonialisme. Masih terikut dengan barat. Ketika ini jabatan dan syarikat-syarikat baru yang ditubuhkan rasanya boleh diterapkan bahasa rasmi negara.
Ini hanya pendapat aku. Pihak yang menamakannya mesti ada sebab seperi untuk menglobalkannya supaya diterima di peringkat dunia. Walaupun begitu banyak sektor yang masih mengekalkan BM sebagai singkatannya seperti JKR, KPM, MARA, PDRM dan sebagainya. Bahasa jiwa bangsa.
P/s: Tak tau nak tulis tajuk apa, jadi hantam saja BM Panjang BI Pendek.
No comments:
Post a Comment