Aiskrim Toyyibah HPA

Dah lama mengidam nak makan Aiskrim Toyyibah HPA. Dulu senang dapat kat kedai HPA tapi la nie kadang-kadang saja ada. Kadang-kadang buat penat ja ke kedai HPA. Masuk dalam kedai nampak freezer besar, mai dekat tengok dalam ada ayam beku.
Gambar penutup bekas aiskrim. Ambil dari http://duniaherbahpa.com/
Dulu masa keluar aiskrim HPA, dalam hati kata lepas nie tak mau beli dah aiskrim yang lain. Rasa memang sedap lagi pun orang kita buat. Tapi umurnya semput, kejap ada kejap tak ada. Pasai pa jadi cam nie ??

2 comments:

  1. Kilang yang membuat aiskrim HPA telah diambil alih oleh Syarikat Bumimasa Sdn Bhd. Mereka menjenamakan semula aiskrim HPA di atas jenama PARABELLA. Aiskrim PARABELLA sudah mula dipasarkan di kedai-kedai HPA dan juga di rangkaian kedai runcit Az-Zain. Sebarang pertanyaan boleh dapatkan contact no. person in charge di www.facebook.com/parabella.ice atau di www.parabellaicecream.com

    ReplyDelete
  2. Hanifazmi.. TQ untuk maklumat. Bolelah merasa aiskrim ni lagi kat kedai HPA.

    ReplyDelete