Orang kerajaan dah dapat kenaikan dan orang swasta pun PM akan umumkan gaji minimumnya dalam 30hb April nie. Lagi apa nak naik ?? Boleh jawab ??
Rasanya macam-macam lagi nak naik. Kebanyakannya naik dengan tak ada pengumuman dari menteri pun. Tetiba sahaja dah naik.
Apa yang naik?? Dah tentu harga barangan keperluan akan naik. Nak marah mereka menaikkan harga. Bolehkah?? Peniaga ini pun terpaksa membayar gaji yang lebih kepada pekerja mereka. Jadi kos ini akan di tampung keatas kenaikan harga barang.
Berbagai taktik yang digunakan untuk menaikkan harga barang. Antaranya yang selalu kita baca ialah dengan mengurangkan pengeluaran sehingga permintaan mengatasi pengeluaran. Menyebabkan barangan keperluan tidak mencukupi. Ada juga peniaga yang menaikkan harga barang dengan lebih berhemah seperti menukar rekabentuk bungkusan. Seolah-olah ada penigkatan dari segi kuliti barangan ( rasa akulah).
Ada juga peniaga yang melebelkan ada tambah nilai didalam produk mereka ( seperti tambah vitamin ). Ini membolehkan pengguna menikmati tambah nilai dengan harga yang dinaikkan. Terdapat juga yang mengurangkan kuantiti barang tetapi harganya tetap sama.
Jika dilihat apa yang kita dapat dari segi pendapatan dengan kenaikan harga barangan, kita akan dapati tiada peningkatan taraf hidup. Contohnya dulu kita belanja diakhir bulan katakan habis dan sekarang setelah kenaikan gaji, kita tetap akan kehabisan dihujung bulan. Ini disebabkan peningkatan harga barangan keperluan. Sama sahaja dari dulu kini dan selamanya.
Kalau dulu tahun 80-an gaji kerani RM 300 dan harga nasi lemak 20 sen. Sekarang gaji kerani RM750 dan harga nasi lemak RM1.50. Dari contoh ini harga nasi lemak naik 7 kali ganda sedangkan gaji naik 2.5 kali sahaja. Dulu seingat aku ketika sekolah rendah lebih kurang tahun 80-an mak bapa aku beri 50 sen sebagai duit sekolah (sudah mencukupi untuk sepinggan nasi dan air), bolehkah sekarang ini diberi 50 sen juga??
Matawang yang kita guna setiap hari nilainya tak tetap. Semakin lama semakin kurang nilainya. Jadi bagaimana nak selesaikannya ??
Mudah cakap tapi susah nak laksanakan akibat kekangan politik. Kita kena berbalik kepada wang emas atau dinar. Nilai emas tidak akan susut. Nilainya akan sama dari dulu kini dan selamanya. Jika dulu satu dinar boleh beli seekor kambing begitu juga ketika ini. Buka Google cari sahaja sirah Rasulullah mengenai jual beli baginda menggunakan dinar. Kita akan jumpa mengenai Rasulullah membeli seekor kambing dengan satu dinar ( harga satu dinar bersamaan RM 778.00 ketika ini ). Dengan nilai itu juga ketika ini pun kita dapat beli seekor kambing juga.
Fikir-fikirkan.....
Update :
30hb April 2012 : PM dah umum kenaikan gaji minimum untuk beberapa sektor swasta dimana penduduk di Semenanjung menikmati gaji minimum RM 900.00 dan Sabah/Sarawak RM 800.00
No comments:
Post a Comment