Tolak campur darab bahagi kami buat perjanjian dengan Siti Sarah. Kalau nak pi ke Pantai Merdeka, dia kena korbankan masa nonton TV dan main waktu malam dan juga Sabtu dan Ahad minggu sebelumnya untuk ulangkaji. Kalau tak mau pi pun kena baca juga tapi adalah sedikit waktu terluang untuk nonton TV dan main.
Dan keputusannya ialah pi ke Pantai Merdeka, jadi kena ikut peraturan tulah.
Banyak kali pi ke Pantai Merdeka tahun nie. Boleh jadi Duta Pantai Merdeka. Letak gambar aku tepi jalan ke Pantai Merdeka. Ada depa mau ka?
Kali ini berbeza sedikit sebab akan bermalam di Merdeka Beach Resort. Kami keluar dari rumah dah petang. Sampai ke sana dalam jam 6 petang kot. Kami saja yang lewat. Keluarga sebelah isteri aku yang lain dah sampai. Siti Sarah, Muhd Ammar ngan Ahmad Firas sampai dulu lagi ( pi ngan Mak Long dia ). Semua pakat main wau.
Sebelum kami sampai Muhammad Ammar dah kemalangan. Dagu luka sebab kena sagat kat kolam renang. Hero biasalah bila longsor turun kepala dulu. Tapi takpa dapat main wau OK lah lupa sakit tu.
Lepas Maghrib pakat-pakat berhimpun dalam khemah yang disediakan di padang berhadapan resort. Buat BBQ dan sambutan hari jadi sesiapa yang lahir bulan Mac, termasuk akulah tu.
Daging, kambing, ikan bakar |
Kemalangan sekali lagi. kali nie Ahmad Firas pula kena gigit apa entah sampai telinga bengkak. Kalau letak tangan terasa panas. Dia pun tak berapa selesa, dok okk ekkk okk ekkk ja.
Kecik-kecik dah pandai karaoke |
Aku masuk bab nie terus boringgg. Jadi jalan-jalan ke tepi pantai. Meriah juga waktu malam kat Pantai Merdeka nie.
Malam di tepi pantai |
Medan selera masih dibuka |
Dalam kul 11 malam lebih baru balik. Resort yang kami duduk kira boleh ja lah. Penyelengaraan tak berapa baik. Penghawa dingin air menitik, lampu ada yang pejam dan shower rosak.
Sambung ke Hari 2 di Pantai Merdeka : Tanjung Dawai.
Lokasi Pantai Merdeka dan Merdeka Beach Resort, sila lihat Google map kat bawah.
View Larger Map
No comments:
Post a Comment