Sekarang sebok diperkatakan tentang lagu yang di cipta oleh Malique dan dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dengan Kaka. Bawaku Pergi.
Lirik yang mudah difahami iaitu gadis nak lari ikut lelaki ke luar negara. Itu yang dapat ditafsir oleh aku yang bukan pakar bahasa dan geografi.
Dipetik sedikit salah silah lagu Bawaku Pergi dalam kenyataan Malique terhadap pengharaman oleh kerajaan Malaysia:
" saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu."
Mencipta lagu untuk didengar oleh orang kebayakan maka lirik perlu jelas walau puitis ( rasa aku lirik lagu ni jelas ). Jelas dari segi makna dan tujuan. Tetapi pencipta pula mempunyai takrifan berlainan, olehitu lagu itu bersifat peribadi dan difahami oleh penciptanya sahaja. Tak perlu dirungkaikan oleh orang satera dan geografi dan tak perlu di sebarkan.
Nasib baik lagu ini telah di haramkan penyiarannya sementara menunggu keputusan muktamad ( tak pasti dah haram sepenuhnya atau belum ).
Perenggan yang lain pula:
"Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.
Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif? "
Begitu mudah menggeluarkan kenyataan. Mempertikaikan lagu 4 minit boleh rosakkan anak yang dijaga selama 20 tahun. Apabila lagu ini dimainkan di radio ia bukan lagi bersifat peribadi dan menidakkan pendengar. Takkan bila lagu nie dimainkan di radio, kita pun tukar siaran lain.
Mungkin pencipta melihat kepada lagu 4 minitnya sahaja. Jika lagu itu diputarkan 10 kali dalam sehari dah jadi 40 minit. Benda yang merosakkan nie memang mudah di ikut. Ibarat pepatah melayu "Air yang menitis di atas batu. Walau sepejal mana sekalipun batu itu, lama kelamaan ia akan berlekuk". Kalau kerajaan tak haramkan lagu ini rasanya selepas ini akan lahir berbagai lagi lagu seperti itu atau yang seangkatan dengannya.
Cuba bayangkan ada 40 lagu yang seangkatan dengannya yang setiap lagu panjang 4 minit kalau kali dengan 40 dah jadi 160 minit. Jika setiap lagu di mainkan sebanyak 2 kali sehari, akan jadi 320 minit bersamaan 5 jam lebih ( semua orang yang mempunyai asas mathematik pun boleh kira ). Itu tidak kira konsert yang bersepah diadakan waktu malam.
Pada ketika itu bolehlah dalam pertandingan lagu ditambah satu lagi kategori lagu untuk dipertandingkan, disampaing Irama malaysia, balada, rock ditambah irama songsang. Dahlah sekarang nie dilambakkan dengan lagu cinta yang merosakkan. Penciptanya pula bukan remaja pun, dah beranak-pinak.
Pencipta-pencipta lagu diharap berfikir apa yang hendak dicipta. Apa yang hendak disampaikan biar jelas maksudnya atau difahami oleh pendengar. Apa yang kita hendak generasi muda sekarang capai mungkin 20 tahun akan datang. Jangan hanya fikir berapa aku dapat dengan lagu ini sekarang. Ini kalau dalam album 10 lagu, mungkin 8 mesti lagu cinta yang entah apa-apa. Kalau ada lagu bermesej selain cinta selalunya tak sedap, hanya melepas batuk ditangga. Sehinggakan pertandingan lagu kanak-kanak pun dipenuhi lagu cinta dewasa, maka tergedik-gedik bebudak nie atas pentas.
Tadi sebut penciptanya, begitu juga dengan penyanyi. Asal lagu sedap ja nak nyanyi. Tak kira kesan kepada pendengar, janji duit masuk. Tolong paham maksud lirik.
Kat Malaysia nie dah banyak gajala sosial, ini ditambah lagi dengan sebahagian penggiat seni yang mengenepikan soal budaya dan agama dalam berkarya.
Kerajaan Malaysia perlu ada jabatan penapis yang menilai sesuatu hasil seni sebelum ia di keluarkan. Ini bagi mengeklakkan hasil seni dah di keluarkan baru larangan di buat. Ini merugikan penggiat seni yang tidak menitik beratkan soal budaya dan agama.
p/s :
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
No comments:
Post a Comment