2012/03/26
KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini
mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan
2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.
Pengagihan itu
membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen
bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh
peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion,
paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun
sebelumnya.
"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan
aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat
cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan
pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA
*** Sumber: Berita Harian Online 27hb Mac 2012 ***
No comments:
Post a Comment