Saturday, March 17, 2012

Tugas Khusus Amah Gaji RM 700

Dah heboh satu Malaya gaji minimum amah atau orang gaji Indon RM 700 untuk satu tugas khusus seperti tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.

Mahal pun tak pa nanti majikan kena buat peraturan pula. Amah tinggal sekali dengan majikan kena sewa rumah RM 700.00. Makan kena beli sendiri, kalau makan sekali dengan majikan kena bayar RM 700.00. Sakit pun bayar sendiri. Cuti lebih dari yang ditetapkan kena potong gaji. Kena buat cam tu la pulak baru adil.

Aku rasa CUEPACS dan MTUC juga mesti buat tuntutan seperti ini. Perlu ditetapkan gaji minimum untuk kerja khusus. Jika seorang kerani akan mendapat gaji minimum perkeranian sebanyak RM 700.00. Jika bos suruh buat kerja lain seperti jadi driver tambah lagi RM 700.00. Tiba-tiba disuruh pula ambil gambar ( jadi jurufoto pulak ) haaaa tambah lagi RM 700.00. Tuuu dia dah dapat RM 2100.00. Memang bergayaaaa.

Bila nak jadi cam nie ???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...