Tulisan Allah di kiri dan kanan bahu Erykah Badu |
Kalau kita lihat, yang beria-ia nak bawa penyanyi tu kat Malaysia tu siapa? rasanya dia pun orang kita juga. Kenapa jadi macam ini. Kalau gambar itu tak tersiar, pasti budaya penyanyi tersebut sedikit sebanyak dapat mengubah pemikiran kita.
Kepada penganjur terutama yang berugama Islam, bila nak bawa artis-artis luar tu cuba selidik dulu. Rasanya tulis saja nama mereka dalam Google atau Yahoo, berlambak maklumat akan keluar. Artis tempatan pun dah cacamarba, ini nak bawa artis luar pula.
Oleh kerana pengharaman konsert, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim terpaksa menjawab berbagai isu pula seperti mencemar nama negara di mata dunia. Apa kejadahnya nie. Urusan negara kita biar kita uruskan.
Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada The Star kerana menyiarkan gambar tersebut. Inilah tujuan akhbar. Membuka minda masyarakat.
p/s:
Cuba lihat gambar dibawah:
Salah satu rekaan baju untuk kaum mulimah yang di pertontonkan ketika Islamic Fesyen Festival. Terdapat simbol tertulis "Muhammad". |
No comments:
Post a Comment