'Selesai karpet merah balik tidur di rumah PPRT'


Apa sumbangan mereka sehingga kerajaan perlu memberi keistimewaan ini kepada mereka. Menjadi seniman hanyalah satu kerjaya mencari rezeki sebagaimana posmen atau peniaga nasi lemak.


Semasa berlakon, mereka dibayar dan sekiranya kami ingin menyaksikan persembahan atau lakonan mereka, kami perlu membayar. Jadi apa jasa mereka. Mereka bekerja seperti orang lain juga, bukan membuat amal jariah yang masyarakat perlu kenang.


Persatuan seniman patut menasihatkan ahlinya agar jangan terlalu boros dengan pakaian mahal, hidup glamor, majlis kahwin mewah, dan pelbagai gosip yang membuatkan orang ramai benci.


Simpanlah duit untuk membeli rumah dan kos perubatan sebagaimana posmen dan penjual nasi lemak menyimpan duit. Janganlah nanti apabila sakit terpaksa merayu sana-sini. Kalau tak mampu masuk saja hospital kerajaan.


Malu sikit wahai para seniman. Ahli sehingga 5,000 orang, tetapi industri tak ke mana pun. Glamour saja yang lebih.


Kepada persatuan seniman mintalah kepada kerajaan untuk membina studio seperti Hollywood, bukan rumah PPRT. Mana layak seniman berkarpet merah tinggal di rumah tersebut.


Takkanlah selesai majlis karpet merah kemudian balik tidur di rumah PPRT. Ramai rakyat yang susah dan ibu tunggal yang lebih memerlukan rumah tersebut


FAUZI ASMARA

No comments:

Post a Comment